Seorang ustaz di laman media sosial TikTok menyediakan perkhidmatan kirim doa yang dibacakan di hadapan Kaabah sewaktu menunaikan haji atau umrah di Mekah.
Menurut semakan mendapati terdapat satu akaun yang menggunakan nama ‘Ustaz Mekah’
adalah individu yang menyediakan perkhidmatan untuk membaca doa di hadapan Kaabah.
Ustaz Mekah turut berkongsi cara untuk mengirimkan doa kepadanya serta meletakkan QR Code
atas nama Aswaja Darul Hijrah buat mereka yang ingin berinfak atau memberikan sumbangan.
Menurut salah seorang pengguna laman X, sesiapa yang hendak mengirimkan doa tetap perlu mengeluarkan wang serendah 1 sen meskipun Ustaz Mekah mengatakan tiada bayaran yang dikenakan.
Perkara ini mendapat perhatian di laman media sosial yang lain dimana ramai yang mempersoalkan kegiatan yang diamalkan oleh ustaz tersebut.
Meminta doa dari orang yang menunaikan ibadah haji atau umrah di Tanah Suci diperbolehkan tetapi ianya biarlah ikhlas dari hati tanpa meminta sebarang bayaran.
BACA: Asalnya Damarsara bukan Damansara, ini punca nama tempat yang salah diguna pakai sampai hari ini