Vaksin untuk kanak-kanak akan ditamatkan pada 15 Mei

Vaksin untuk kanak-kanak akan ditamatkan pada 15 Mei

Vaksin untuk kanak-kanak akan ditamatkan pada 15 Mei. esyuarat Jawatankuasa Bertindak Imunisasi Covid-19 Kanak-Kanak (CITF-C) memutuskan 15 Mei depan sebagai tarikh akhir pemberian dos satu vaksin Covid-19 di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kanak-kanak (PICKids).

Timbalan Menteri Kesihatan 1, Datuk Dr. Noor Azmi Ghazali berkata, sehubungan itu mulai 16 Mei, Kementerian Kesihatan (KKM) tidak lagi menawarkan dos satu vaksin Covid-19 jenis Comirnaty dan CoronaVac kepada kanak-kanak berusia lima hingga bawah 12 tahun.

“Dengan pengumuman ini, ibu bapa kepada kanak-kanak yang belum menerima vaksin Covid-19, perlu membuat keputusan mengenai vaksinasi Covid-19 sebelum 15 Mei. Selepas tarikh ini, vaksin kanak-kanak jenis Comirnaty tidak lagi ditawarkan di mana-mana fasiliti kesihatan awam dan swasta di negara ini.

“Manakala vaksin Coronavac pula hanya boleh diperoleh dengan bayaran di fasiliti swasta. Bagaimanapun, keputusan ini tidak melibatkan vaksinasi bagi kanak-kanak yang lahir pada tahun 2017 dan belum mencapai usia lima tahun pada 15 Mei,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Vaksin untuk kanan-kanak akan ditamatkan pada 15 Mei

Lahir tahun 2017

Menurut beliau, kanak-kanak dilahirkan pada 2017 boleh mendapatkan vaksin dengan mendaftar dalam aplikasi MySejahtera dan perincian mengenai vaksinasi kumpulan tersebut akan diperjelaskan dalam masa terdekat.

Tambah beliau, keputusan itu dibuat berikutan trend permintaan vaksinasi ibu bapa serta penjaga terhadap kanak-kanak yang semakin menurun dan KKM telah mengkaji semula tempoh pelaksanaan PICKids.

Katanya, permintaan vaksinasi yang rendah menyebabkan pembaziran dan bagi mengelakkan pembaziran vaksin Comirnaty kanak-kanak yang tidak digunakan dalam tempoh enam bulan selepas dikeluarkan oleh pengilang, penetapan tarikh akhir dos satu perlu dibuat.

Katanya lagi, sebagai persediaan ke arah tarikh akhir dos satu ini, jabatan-jabatan kesihatan negeri telah memulakan operasi gerak gempur di lapangan manakala, ibu bapa yang telah mendaftarkan anak dalam MySejahtera tetapi belum disuntik akan dihubungi oleh petugas kesihatan.

Sementara itu, Dr. Noor Azmi berkata, seramai 1,371,120 atau 38.6 peratus kanak-kanak telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin Covid-19 semalam dan 195,865 telah menerima dua dos vaksin Covid-19 dengan purata pemberian vaksin dos satu sekitar 4,500 dos sehari semenjak 7 hari lalu. – UTUSAN

BACA:

Uyaina mohon doa rakyat Malaysia, “kesian baby dalam perut..”

Masjid ini solat tarawih selama 8 jam sehari

Budak sekolah tingkatan satu jadi jutawan dengan hanya jual lukisan NFT

CATEGORIES