[VIDEO] Aksi pelik bergayut di pagar tingkat 12, lelaki ini akhirnya jatuh dan mati

Seorang lelaki mati terjatuh dari tingkat 12 selepas dilihat berkelakuan pelik apabila dikatakan tiba-tiba bersenam dengan berpaut pada tembok di satu blok bangunan di Jalan Loke Yew, Kuala Lumpur.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi Mohamad Zainal Abdullah berkata, pihaknya menerima maklumat daripada orang awam yang memaklumkan seorang lelaki mahu terjun dari tingkat atas blok berkenaan pada 2.08 petang.

“Siasatan awal dilakukan mendapati lelaki berusia 37 tahun berkenaan dilihat berlegar-legar di tingkat 12 blok berkenaan pada 1.50 tengah hari.

“Sebelum kejadian itu, terdapat seorang saksi menegur lelaki terbabit dan dia hanya tersenyum dan tiba-tiba bersenam lalu memanjat tembok.

“Beberapa orang awam yang berada di lokasi cuba memujuk lelaki berkenaan selama beberapa minit sebelum dia jatuh,” katanya menurut laporan Harian Metro.

Hasil pemeriksaan, lelaki itu maut dengan kecederaan parah di kepala, bahu, tangan dan kakinya.

“Siasatan lanjut berhubung kejadian itu sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca kejadian. Setakat ini, kes itu diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR),” katanya.

Individu yang mempunyai masalah boleh menghubungi sukarelawan terlatih di Befrienders menerusi talian 03-79568145/8144 pada bila-bila masa, atau melalui e-mel [email protected]

Berita penuh : https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2021/05/22/bersenam-cara-pelik-lelaki-maut-terjatuh-dari-tingkat-12/

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)