[Video] MB Kedah dedah maklumat peribadi di media sosial

[Video] MB Kedah dedah maklumat peribadi di media sosial

Tular hari ini satu rakaman video menunjukkan Menteri Besar Kedah, Mohamad Sanusi Md Nor menjawab panggilan telefon di Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) Kota Setar.

Panggilan yang dibuat oleh seorang wanita dari Hutan Kampung itu bertujuan untuk meminta bantuan bekalan makanan akibat Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) yang berkuatkuasa di daerah ini, yang menyebabkan suami beliau tidak dapat keluar bekerja.

Wanita berkenaan yang dipercayai tergolong dalam kategori miskin, kemudian bertanyakan kepada ‘operator’ mengenai bantuan lain selain bantuan makanan. (wanita tersebut tidak mengetahui bahawa yang menjawab panggilan itu adalah MB).

Sanusi kemudiannya menyatakan bahawa beliau akan membawa perkara berkenaan ke pengetahuan menteri besar sambil diikuti gelak tawa pegawai-pegawai yang mengiringinya. Beliau kemudian menjelaskan kepada wanita berkenaan bahawa beliau adalah menteri besar.

Apa yang dikesalkan, di dalam rakaman video berkenaan, disebut dengan jelas butir peribadi pemanggil seperti nama penuh, nombor kad pengenalan, nombor telefon dan alamat rumah termasuk nombor rumah yang mana tidak sepatutnya didedahkan. Perbuatan berkenaan menyalahi Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 kerana mendedahkan maklumat peribadi seseorang di media sosial.

Perbuatan merakam panggilan daripada pemohon bantuan dan kemudian ditertawakan beramai-ramai itu amat mengguris hati rakyat. Tidak cukup dengan itu, video berkenaan dimuat naik kedalam media sosial dan menjadi tatapan jutaan pengguna.

<iframe src=”https://web.facebook.com/plugins/video.php?href=https%3A%2F%2Fweb.facebook.com%2Fsuararakyatpage%2Fvideos%2F603062620366321%2F&show_text=0&width=560″ width=”560″ height=”313″ style=”border:none;overflow:hidden” scrolling=”no” frameborder=”0″ allowTransparency=”true” allowFullScreen=”true”></iframe>

Sumber : https://utaradaily.com/mb-kedah-ketawakan-orang-miskin-dedah-maklumat-peribadi-di-media-sosial/