[VIDEO] Menteri Pengangkutan teruk digasak ahli parlimen isu kabel bawah laut

[VIDEO] Menteri Pengangkutan teruk digasak ahli parlimen isu kabel bawah laut

Dewan Rakyat tegang tengahari tadi apabila apabila Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong dikatakan tidak mahu menjawab soalan Ahli Parlimen Seremban, Anthony Loke.

Wakil rakyat MCA itu juga dianggap tidak memahami masalah yang berbangkit berhubung keputusan Pakatan Harapan memberi pengecualian Dasar Kabotaj yang membenarkan kapal asing untuk memperbaiki kerosakan kabel dasar laut.

Dalam soalan yang dibangkitkan, Loke bertanya mengapa kerajaan membatalkan pengecualian Dasar Kabotaj yang diluluskan Pakatan Harapan.

Beliau berkali-kali menegaskan bahawa tiada kapal dari syarikat tempatan yang boleh bertindak dengan segera untuk membaiki kerosakan kabel bawah laut yang menghubungkan infrastruktur internet Malaysia ke seluruh dunia.

Kerana itu kata Loke, Pakatan Harapan memberi pengecualian kepada kapal asing untuk membaiki segera kabel yang telah rosak untuk memastikan pelabur seperti Facebook dan Google tidak hilang keyakinan mereka.

Wee juga diselar ‘outdated’ apabila seolah-olah tidak mengetahui tentang kepakaran syarikat kapal tempatan sama ada boleh atau tidak membaiki kabel tersebut dalam waktu singkat.

Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo kemudian bangkit dan berkata wakil rakyat MCA itu tidak memahami masalah sebenar.

“Tadi kata nak bagi pada bekas Menteri Pengangkutan untuk jawab. Bagi lah dia peluang untuk jawab.

“Kamu datang sini cakap-cakap tapi tak nak dengar soalan. Kalau betul-betul jantan, let him ask you questions (bagi dia bertanya soalan),” katanya lagi.

Sumber : https://malaysiadateline.com/parlimen-tegang-ka-siong-tak-faham-masalah-dasar-kabotaj-dakwa-dap/