Virus Covid-19 membunuh kehidupan normal manusia

Masih ramai yang menyangka bahawa langkah PKP ini akan berjaya menghapuskan terus jangkitan virus Covid-19 dan selepas tempoh PKP ini hidup mereka akan kembali normal. Ini mungkin satu ilusi.

Hakikatnya, Covid-19 ini bukan sahaja telah membunuh ratusan ribu nyawa manusia di seluruh dunia, tetapi ia juga telah membunuh ‘kehidupan normal’ manusia di seluruh dunia.

Kita perlu bersedia untuk meneruskan hidup dengan ‘kehidupan normal yang baru’ untuk tempoh yang jauh lebih panjang, walaupun selepas tempoh PKP ini.

Di sesetengah tempat, perbahasan yang wujud ialah terdapat golongan yang berpandangan bahawa negara yang paling cepat berjaya membina ‘kehidupan normal yang baru’ akan lebih berjaya untuk bangkit semula dari krisis ini, berbanding dengan negara yang hanya sekadar berjaya mengekang penularan wabak ini.

Sebab itu ada pihak yang mahu sekatan pergerakan ini digantikan dengan pembinaan ‘normal baru’ di kalangan anggota masyarakat secara lebih komprehensif agar aktiviti ekonomi dapat kembali beroperasi secepat mungkin.

Sumber: