Volvo cipta sejarah pecah rekod jualan di Malaysia

Volvo cipta sejarah pecah rekod jualan di Malaysia

Volvo cipta sejarah pecah rekod jualan di Malaysia. Volvo Car Malaysia meneruskan pertumbuhan pesatnya di Malaysia apabila mencipta rekod jualan tahunan baharu sebanyak 3,194 unit tahun lalu.

Pencapaian itu menandakan pertumbuhan jualan tahunan ketujuh berturut-turut bagi syarikat automotif terkemuka itu di Malaysia.

Tahun lalu, jualan Volvo Car Malaysia melonjak 43 peratus berbanding 2021, sekali gus menjadi rekod tertinggi yang pernah dicapai syarikat itu di Malaysia.

Volvo cipta sejarah pecah rekod jualan di Malaysia

Lebih menarik, Disember menjadi bulan paling berjaya kepada Volvo Car Malaysia apabila menutup tahun 2022 dengan menjual lebih 395 unit.

Menurut Volvo Car Malaysia, pencapaian dalam pertumbuhan jualan tahunan dirangsang oleh pelancaran dua kenderaan elektrik pertamanya yang dipasang secara tempatan, Volvo XC40 Recharge Pure Electric dan Volvo C40 Recharge Pure Electric.

“Dilancarkan pada Mac 2022, Volvo XC40 Recharge Pure Electric menjadi satu kejayaan yang mengagumkan, dengan syarikat masih memenuhi penghantaran kereta dengan pesanan terkumpul yang sihat untuk tahun 2023.

“Volvo C40 Recharge Pure Electric juga mendapat sambutan menggalakkan daripada pembeli, dengan lebih 100 unit telah ditempah dalam talian hanya 10 hari selepas pelancarannya pada 14 Disember 2022,” katanya.

Kedua-dua model elektrik (EV) penuh itu dipasang di kilang pengeluaran Volvo di Shah Alam.

“Dua EV tulen pemasangan tempatan (CKD) pertama yang dijual di Malaysia ini mengukuhkan lagi kedudukan Volvo Car Malaysia sebagai peneraju dalam kenderaan elektrik pemasangan tempatan di Malaysia.

“Volvo Car Malaysia komited ke arah cita-cita globalnya untuk kemampanan dan berada di landasan untuk menjadi syarikat kenderaan elektrik sepenuhnya menjelang 2030.

“Volvo Car Malaysia juga menyasarkan 75 peratus daripada jualannya disumbangkan daripada barisan Recharge Pure Electric menjelang 2025,” tambah Volvo Car Malaysia.

Pengarah Urusan Volvo Car Malaysia, Charles Frump, berkata pelancaran dua EV CKD pertama telah menjadi pemangkin pertumbuhan jualan jenama itu di Malaysia.

“Dengan peningkatan bahagian pasaran kenderaan elektrik sepenuhnya kami di seluruh dunia, kami yakin perkara yang sama akan diterapkan di Malaysia.

“Dalam menamatkan 2022 yang berjaya, kami teruja untuk memacu masa depan serba elektrik sambil kami mengukuhkan komitmen untuk menawarkan kebebasan kepada rakyat Malaysia untuk bergerak secara peribadi, mampan dan selamat,” katanya.

Di peringkat global, jumlah jualan Volvo Cars sebanyak direkodkan sebanyak 615,121 unit tahun lalu, terkesan dengan cabaran merentasi rantaian bekalan dan sekatan pengeluaran akibat kekurangan komponen dan penutupan berkaitan COVID-19.

BACA JUGA :

Kampung Jawa bakal ditutup selepas 100 tahun beroperasi

“Skandal di Balai Polis”

Muhyiddin bakal didakwa atas tuduhan rasuah RM92.5 Billion?

CATEGORIES