Wahai Rina! Mana pergi bakul makanan untuk kawasan pembangkang?

Wahai Rina! Mana pergi bakul makanan untuk kawasan pembangkang?

Kenyataan Media oleh Hannah Yeoh Ahli Parlimen Segambut bertarikh 17 April 2020 (Jumaat).

Pemberian terpilih oleh Rina Harun (Menteri KPWKM) – ke mana perginya bakul makanan untuk kawasan Ahli Parlimen Pembangkang?

Memasuki fasa ketiga dan minggu keempat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan, 1000 bakul makanan yang dijanjikan oleh Kerajaan untuk diagihkan kepada rakyat melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) ke kawasan parlimen tidak berjalan seperti yang diharapkan.

Sehingga kenyataan ini ditulis, terdapat sekurang-kurangnya 54 kawasan Parlimen pembangkang yang masih belum menerima sebarang bantuan tersebut.

Kelewatan pengagihan bakul makanan ke kawasan Parlimen pihak pembangkang akan memberi kesan kepada keluarga kumpulan B40 terutama apabila kita kini memasuki minggu keempat PKP dan Menteri KPWKM perlu bersedia untuk mengurus bantuan ini secara lebih adil andai PKP ini bersambung ke fasa yang seterusnya.

Menteri KPWKM juga digesa untuk segera memperbaiki sistem pengagihan bakul makanan ini tanpa melakukan pemberian terpilih dan tidak mengambil kesempatan di atas kerja keras warga JKM serta menjadikan mereka dalam keadaan serba salah sedangkan rakyat dalam kesusahan dalam tempoh PKP ini.

Hannah Yeoh
Ahli Parlimen Segambut
17 April 2020

Sumber :