Kisah-kisah seram berkaitan ilmu hitam dan sihir sering kali kita dengar, termasuk penggunaan bomoh sebagai pengantara utama
Sihir ini juga dipercayai boleh dimasukkan ke dalam badan binatang sebagai ‘pembawa’.
Antara binatang yang sering digunakan ialah katak, lalat, dan yang paling popular, belalang.
Jika ada belalang yang masuk ke dalam rumah, terdapat cara untuk mengenalpasti sama ada ia belalang biasa atau belalang pelesit.
Berikut adalah perkongsian dari laman Facebook yang menjawab persoalan ramai tentang bagaimana membezakan belalang sebenar dengan belalang yang digunakan sebagai medium sihir.
Jangan tersalah bunuh!
Ramai yang bertanya, adakah benar belalang yang mereka temui adalah belalang pelesit. Belalang pelesit sebenarnya belalang biasa, tetapi dijadikan medium oleh pengamal sihir untuk melaksanakan misi bagi si tukang sihir. Berikut adalah ciri-ciri belalang pelesit yang asli:
1.Kepalanya bujur, berbentuk segi tiga.
2.Matanya berwarna putih atau oren.
3.Terdapat jarum di dalam badannya apabila kepalanya ditarik.
4.Ada darah tukang sihir di perutnya.
5.Ia berpura-pura mati seperti belalang kering.
6.Terdapat rambut atau benang apabila kepalanya dicabut (dikenali sebagai santau angin).
Jika belalang tersebut adalah belalang daun atau rumput, jangan dibunuh kerana ia bukan pelesit. Jika terjumpa belalang pelesit, jangan sentuh dengan tangan. Gunakan penyapu atau kayu untuk memukul atau mengalihkan, kemudian bakar belalang tersebut. Ini adalah cara paling mudah untuk memusnahkannya.
Amalkan membaca Surah Al-Baqarah atau pasangkan bacaan Surah Al-Baqarah di YouTube pada waktu petang atau malam untuk melindungi diri dan rumah.
Namun, jangan pasang ayat-ayat rukyah tanpa kehadiran ustaz bertauliah kerana ia boleh menyebabkan jin menjadi lebih ganas dan menyerang.
Belalang pelesit tidak bersalah, yang salah adalah manusia yang melakukan syirik kepada Allah dengan menggunakan makhluk ciptaan-Nya sebagai medium sihir.
Selain belalang, binatang seperti gagak, lipan, dan katak juga boleh dijadikan medium sihir.
BACA: Kata percuma kirim doa di Mekah tapi letak QR code untuk bayar? Ustaz teruk dikecam netizen