Wakil rakyat PN dikecam netizen, ‘siapa yang berkhidmat kepada siapa? rakyat jadi wakil kepada Adun ke?’

Oleh KAMARUL HISHAM ABDULLAH

Semasa berkempen, sibuk berjanji akan tolong menyelesaikan masalah rakyat tetapi apabila sudah bergelar ‘YB’ rakyat pula yang kena bantu.

Itu situasi yang berlaku pada beberapa wakil rakyat Perikatan Nasional (PN) terutamanya Pas yang selamba memohon bantuan rakyat diwakilinya.

Selepas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jitra, Dr Haim Hilman Abdullah bulan lalu mengaku resah dengan kos sewaan premis agak tinggi, nama ADUN Ijok pula hangat diperkatakan.

Wakil rakyat PN dikecam netizen, 'siapa yang berkhidmat kepada siapa? rakyat jadi wakil kepada Adun ke?'

Menerusi poster memohon sumbangan yang disiarkan, Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) ADUN N11 itu memerlukan lapan jenis kelengkapan iaitu set komputer, pencetak dan perabot pejabat.

Turut diperlukan pejabat ADUN pembangkang di Selangor itu ialah peti ais, papan putih, set sofa dan akses internet Unifi.

Malah, mengundang lucu warganet, YB Pas juga memohon sumbangan berupa ‘signboard’ PKM bagi mengisi ‘Tabung Infaq’ yang dilancarkan itu.

“Semoga dengan sumbangan ini dapat membantu ADUN N11 untuk terus berkhidmat kepada masyarakat dengan lebih tersusun dan berkesan,” dipetik dari poster tular itu.

Dilengkapi nombor telefon dan nombor akaun bank, poster itu juga tampil dengan tanda pagar PN Tetap Best, Nafas Baharu Ijok dan Bakti Untuk Ijok.

Walau bagaimanapun, poster itu ditarik balik dari laman Facebook Jefri Mejan Officials selepas dihujani kritikan dan sindiran orang ramai.

“Kami di pihak Pejabat Khidmat Dun N11 Ijok menarik semula poster sumbangan.

“Kami mohon maaf di atas kesilapan teknikal yang terjadi,” kata pentadbir akaun rasmi wakil rakyat Pas berkenaan.

SUmber: https://harapandaily.com/selepas-jitra-yb-pas-ijok-pula-minta-rakyat-tolong-tapi-tarik-balik/

BACA: Pertama kali dalam sejarah, Datuk Bandar New York benarkan azan dilaung setiap hari jumaat