Waktu kluster tabligh dulu walaupun negatif tetap kena kuarantin 48 hari, luah ahli tabligh

Waktu kluster tabligh dulu walaupun negatif tetap kena kuarantin 48 hari, luah ahli tabligh

Salah seorang individu yang terlibat dengan kluster tabligh meluahkan rasa tidak puas hati di media sosial susulan ramai ahli politik kerajaan yang pulang berkempen dari Sabah tidak menjalani kuarantin selama 14 hari.

Menurut Fakrullah (@fakhrul_samerin) selain tidak mempunyai sebarang simptom, dia berkali-kali menjalani ujian Covid-19, dan kesemua ujian yang dijalankan ke atasnya memberikan keputusan negatif.

Namun dia terpaksa menjalani kuarantin keseluruhan selama 48 hari di asrama universiti, justeru dia mempersoalkan kenapa ahli politik tidak perlu menjalani kuarantin?

“Aku kluster tabligh, negatif berkali-kali symptom tak ada langsung kena kuarantin 48 hari kot,”

“Berkurung aku kat asrama universiti,”

“Kenapa ahli politik ni tak perlu kuarantin pula?” Katanya menerusi ciapan di Twitter.

Tambahnya lagi rata-rata individu sekitar Gombak yang menghadiri himpunan tabligh dikenakan kuarantin lebih sebulan.

“Tanyalah pakcik tabligh yang kena kuarantin. Berapa lama mereka kena kuarantin.”

“Aku tanya kat area Gombak ni, rata-rata kuarantin lebih sebulan,”

“Arahan tak jelas tapi mereka tetap patuh. Tetap kuarantin. Nak tolong kurangkan kes.”

“Ni politician? Apa mereka buat ni?” soalnya.

“Ada dengar orang tabligh merungut marah marah kena kuarantin sebulan? Ada?”

“Takde!”

“Mereka dah penat kena kutuk masa tu. Semua kecam fitnah macam-macam kat tabligh.”

“Jadi mereka diam dan patuh je la.”

“Dah masuk red zon tu pandai-pandailah kuarantin sendiri,”

“Dulu salahkan tabligh tabligh degillah, tak nak buat test la, lari la. Tak bagi kerjasama la.”

“Ni diri sendiri salah, pandai pula bagi alasan nak elak,”

“Bodoh punya politician!”

Fakrullah turut menyertakan tangkapan layar Instagram Story yang dikirim sepanjang menjalani kuarantin sebelum ini.

“Aku buat IG story kut setiap masa masa kuarantin. Ini surat kebebasan aku dari kuarantin lepas 48 hari.”

“*Day 43 tu sebab baru 43 hari PKP. Aku diarah kuarantin sebelum PKP start lagi. 12/3 aku kuarantin. 16/3 pkp start. Habis 29/4.” Jelasnya.

Sumber — https://www.milosuam.net/2020/10/semua-ujian-covid-19-negatif-tapi-aku.html#ixzz6ZmIj4FQB