Hi Min.. Hi Readers. Selama ni saya selalu baca je kisah-kisah kat page ni.. tetiba rasa tergerak hati pula nak share kisah sendiri.
saya ni seorang MENANTU RAHSIA.. dah 10 tahun lama nya status hubungan suami isteri ini tanpa pengetahuan ibu bapa husband saya (mertua).
nak sebut mertua pun saya segan maklum lah orang pun tak tau yang kita ni menantu.
suami saya terlalu baik, makan pakai nafkah zahir batin semua dijaga. menatang saya seperti minyak yang penuh.
sangat taat pada ibu bapa nya. cuma kami tidak tinggal bersama kerana status ni menjadi rahsia.. sebab mengapa rahsia? itu lah cinta tak direstu.
11 tahun lalu masa husband bawa berjumpa ibu bapa dia, mama telah beri kata dua.. nak pilih saya jadi isteri atau mama matti bunuh diri.
kasihan suami masa tu. saya telah undur diri, tapi suami frust sampai accident masuk hospital.
Dari sana hubungan kami terus kan dan kami berdua telah kahwin senyap2 tanpa pengetahuan ibu bapa husband yang tahu rahsia hanya adik ipar (adik husband) dan anak tiri saya (anak husband).
masa berkenalan dengan husband dulu dia dah duda hampir dua tahun masa tu anak dia masih kecil lagi.. umur 6 tahun.
sekarang dah umur masuk 17. pandai dia simpan rahsia dari pengetahuan nenek dan atok.
kadang2 family saya akan tanya, sanggup kah saya hidup sebagai 1 rahsia selamanya? macam hidup tak normal kata dorang.. hmmm saya tak mahu desak husband beritahu mama dia. kerana husband cakap, once mama tahu kita takkan dapat teruskan lagi
. (pengalaman perkahwinan pertama husband). tak semua saya luahkan disini kerana tak mahu ada yang tahu diri saya sebenar. ada di antara follower disini adalah kawan2 saya dan husband.
saya hanya nak tahu, jika ada readers yang sama kisah seperti saya.. beri lah saya semangat agar saya tetap bertahan walaupun saya bukan menantu pilihan
saya manusia biasa kadang kala saya rasa mahu mengalah.. tapi husband terlalu baik.. setia nya seorang lelaki bernama suami susah di cari..
BACA: Umur baru 15 tahun, anak muda berjaya sebuah Bank miliknya sendiri