Walaupun kasut baru, kenapa ada pemain bola tebuk kasut mereka? Puas hati bila tahu sebabnya

Oleh NADIA HARON

Sekiranya anda seorang peminat bola, anda mungkin perasan segelintir pemain bola profesional mempunyai tabiat yang pelik menggunting sebahagian kasut bola mereka.

Adakah mereka sekadar suka-suka sahaja atau mempunyai tujua di sebaliknya?

Seperti mana yang kita tahu, sepasang but bola berjenama harganya sangat mahal.

Walaupun kasut baru, kenapa ada pemain bola tebuk kasut mereka? Puas hati bila tahu sebabnya

Jadi, sudah tentulah kita akan menggunakannya dengan sebaiknya.

Bagi pemain profesional yang sentiasa perlu memberikan persembahan terbaik setiap perlawanan, mereka “terpaksa” menggunting sebahagian kasut mereka atas sebab tertentu.

Sesetengah bahagian but bola biasanya dibina sedikit keras kerana mempunyai fungsi tertentu. Bahagian tumit misalnya, biasanya dibina dengan bahan yang lebih keras untuk memberi sokongan kepada tumit pemain bola sepak terutamanya ketika melakukan larian dan tendangan deras.

Sekiranya anda pernah membeli but bola yang baru, mesti anda perasan bahagian tumit ini biasanya keras awal awalnya namun lama-kelamaan akan menjadi sedikit lembut setelah anda menggunakannya beberapa kali. Malah, tumit anda mungkin merasa sakit atau melecet.

Dibuat atas tujuan perubatan

Segelintir pemain profesional diliha menebuk ubang-lubang pada kasut berkemungkinan sebagai salah satu satu cara untuk meringankan gangguan yang dipanggil “tumit Haglund” (“Haglund’s heel”), masalah perubatan yang kerap berlaku di kalangan atlet.

Kesakitan yang dialami mereka lebih diserlahkan apabila memakai kasut baru dan kasut lain yang mempunyai tepi belakang yang keras sama seperti kasut bola sepak. Bahagian tumit ini biasanya mempunyai struktur plastik keras untuk melindungi buku lali daripada terjahan dan menstabilkannya semasa perubahan arah.

Masalah “Haglund’s heel” ini dikaitkan dengan keradangan calcaneus dan merupakan salah satu masalah yang paling kerap dan sukar untuk diubati di kalangan pelari. Tumit Haglund juga boleh timbul daripada masalah postur atau tekanan yang berlebihan, punca yang paling mungkin jika kita bercakap tentang pemain bola sepak.

Kehausan tendon Achilles disembuhkan oleh badan dengan penambahan kalsium pada bahagian belakang kaki, yang membawa kepada pembentukan eksostosis (kecacatan tulang) dan akibatnya ketidakselesaan jika bersentuhan langsung dengan kasut.

Walaupun terdapat banyak evolusi yang hebat dalam peninciptaan kasut, kasut bola sepak tidak boleh dianggap sebagai kasut yang paling lembut dan paling selesa untuk aktiviti fizikal.

Oleh itu, antara penyelesaian terbaik bagi mengatasi masalah ini adalah membuat sedikit potongan atau menebuk lubang kecil pada bahagian tertentu pada but bola seperti yang dilakukan oleh Mut Hummels dengan menoreh sedikit kasutnya pada bahagian depan.

Selain itu, bekas pemain Liverpools Philippe Coutnho juga dilihat pernah menggunting kasut bolanya pada bahagian tumit – dipercayai kerana masalah seperti yang dinyatakan di atas. Sekiranya anda mempunyai masalah yang sama, sanggupkah anda menggunting sedikit kasut anda yang dibel dengan harga ratusan ringgit?

Guntingan pada stokin

Selain guntingan pada kasut bola, ada juga pemain bola sepak profesional yang sengaja menggunting sebahagian stokin bola yang dipakai mereka. Sudah tentulah ianya bukan sebab fesyen kerana sudah tentulah stokin yang dipotong tidak lagi kelihatan cantik.

Pemain biasanya memotong lubang di stokin sarung kaki mereka untuk mengurangkan tekanan pada otot betis, yang sering dihadkan oleh sifat pakaian tersebut yang biasanya ketat dan mungkin kurang selesa bagi sesetengah pemain.

Bagi pemain yang mempunyai otot kaki yang besar dan membonjol, saiz stokin yang biasa boleh menjadi sangat ketat sehingga menyebabkan kesukaran dengan aliran darah dan peredaran yang berkesan, serta kebolehnafasan.

Oleh itu, sesetengah pemain dilihat akan mengambil keputusan untuk memotong stoking mereka pada sesetengah bahagian untuk menghilangkan masalah ketidakselesaan ketika bermain di atas padang. Antara pemain yang melakukan perkara ini adalah jude Bellingham.

Bellingham bukanlah pemain pertama yang melakukan tindakan memotong stokin. Tindakah ini pernah mendapat perhatian peminat bola sepak beberapa tahunapabila Kyle Walker dan Danny Rose kerap dilihat dengan stoking mereka berlubang.

Bekas pemain Valencia Ezequiel Garay pernah dipaksa menukar stokinnya untuk sepasang baru selepas pengadil menganggap stokin yang berlubang-lubang itu tidak sesuai dengan kod pakaian sukan.

BACA: “Cukup sehari rakaman suara aku letak disitu, tak sanggup rasanya bila nenek cakap pasal ibu, aku takkan lupa sampai bila-bila kata-kata nenek”