Walaupun nampak macam reban ayam, nilai sebenar kereta ini macam Toyota Alphard model baharu!

Oleh ISMAIL YAHYA

Sebuah kereta jenama Jaguar keluaran 1958 yang diselaputi karat selepas terbiar selama 25 tahun di belakang sebuah reban ayam

Dijangka dapat dijual pada harga £100,000 (RM576,267), lapor akhbar The Sun semalam.

Kereta model Jaguar XK150 drophead coupe tersebut adalah milik seorang petani yang membelinya

Walaupun nampak macam reban ayam, nilai sebenar kereta ini macam Toyota Alphard model baharu!

Tujuan untuk projek baik pulih sekitar 30 tahun lalu.

Walaupun nampak macam reban ayam, nilai sebenar kereta ini macam Toyota Alphard model baharu!

Namun, kereta vintaj itu terbiar di belakang sebuah reban ayam selama suku abad sehingga dipenuhi karat dan debu, tempat duduk terkoyak serta cat yang sudah lekang.

Walaupun nampak macam reban ayam, nilai sebenar kereta ini macam Toyota Alphard model baharu!

Nilai kenderaan tersebut ketika ini dianggarkan mencecah £40,000 (RM230,541), namun ia diramal meningkat kepada lebih £100,000 (RM576,267) sekiranya dibaik pulih.

“Kami menerima banyak permintaan bagi kereta ini.

“Ia mengimbas kembali era semasa kejuruteraan British berada di kemuncak industri dan kereta Jaguar menjadi rebutan ramai,” kata pelelong daripada Humbert & Ellis Auctioneers, Jonathan Humbert.

BACA:“Ibu waktu muda seorang wanita manis bergaya, beza sungguh dengan sekarang, baju lusuh takde segram emas pun di badan, tudung pun diikat je..”