Wan Saiful letak jawatan Ketua Penerangan Bersatu

Oleh GEMILANGDAILY

Wan Saiful letak jawatan Ketua Penerangan Bersatu. Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Wan Saiful Wan Jan melepaskan jawatan sebagai Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), susulan kes mahkamah yang dihadapinya.

Ahli Parlimen Tasek Gelugor itu berkata, hasrat itu telah dimaklumkan kepada Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Setiausaha Agung, Datuk Seri Hamzah Zainuddin.

“Berikutan pendakwaan bermotifkan politik oleh kerajaan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN), saya mengambil keputusan untuk memohon Presiden dan seluruh Majlis Pimpinan Tertinggi membuat keputusan mengenai kedudukan saya sebagai Ketua Penerangan.

Wan Saiful letak jawatan Ketua Penerangan Bersatu

“Saya telah mencadangkan supaya jawatan ini digantikan oleh individu lain dalam parti. Ramai tokoh yang layak dan mampu menggalas tanggungjawab.

“Keputusan yang diambil ini sesuai dengan prinsip integriti dan perjuangan yang dijunjung selama ini. Tindakan ini juga membezakan saya dengan kluster mahkamah yang bermaharajalela dalam kerajaan PH dan BN hari ini,” katanya pada sidang akhbar di lobi Dewan Rakyat pada Rabu.

Jelas Wan Saiful, tindakan melepaskan jawatan eksekutif itu dibuat memandangkan beliau berpegang kepada prinsipnya selama ini, sehinggalah dapat membersihkan nama mengikut proses perundangan.

Justeru, beliau mengingatkan jangan ada mana-mana pihak yang cuba menyamakannya dengan individu lain dalam kluster mahkamah.

“Saya dengan suka hati, sukarela dan tanpa berbelah bahagi melepaskan jawatan ini sedangkan mereka (kluster mahkamah) mencari dan menggunakan jawatan eksekutif untuk kepentingan sendiri.

BACA:

“Saya tidak mahu ganggu hubungan suami dan kekasihnya, saya ingin bermadu tetapi suami tak tahu sekali ini jawapan dia

Mesra betul hubungan cikgu ini dengan anak murid dia, apa rahsianya?