Wan Sharmila kongsi detik cemas ketika berdoa di Multazam

Oleh ZULQARNAIN ISMAIL

“Uish sesak nafas!” – Terjerut selendang jemaah, Wan Sharmila kongsi detik cemas ketika berdoa di Multazam.

Pertama kali mengerjakan umrah bersendirian, pelakon Wan Sharmila berkongsi detik cemas

apabila badannya terbelit dengan selendang yang dipakai jemaah lain selepas selesai berdoa di Multazam.

Gara-gara insiden tersebut, Wan Sharmila atau nama sebenarnya Wan Sharmila Wan Mohamed, 43,

Dia mengalami kesukaran bernafas sehingga menerima bantuan daripada beberapa jemaah lain.

Wan Sharmila kongsi detik cemas ketika berdoa di Multazam

“Pertama kali seorang diri nak pergi juga berdoa di Multazam. Bila dah selesai berdoa di Multazam makin cemas sebab Lala (panggilan namanya) kena belit dengan selendang perempuan India.

“Selendang dia ikat perut lala dan bersimpul pula dengan tali beg lala. Sesak nafas!

“Akhirnya ada beberapa orang tolong dan berjaya melepaskan jerutan selendang tu,” katanya menerusi hantaran di Instagram.

Copy of Untitled – 2024-11-06T125238.248

Selain pengalaman cemas itu, Wan Sharmila turut berkongsi momen dia dihimpit jemaah lain sehingga tudungnya hampir tertanggal.

“Alhamdulillah Allah izinkan walaupun masa dah sampai depan Multazam pun kena himpit macam apa dah. Ada org belakang siap tarik tudung Lala tau.

“Dalam hati Allah saja yang tahu. Lala asyik berdoa dalam hati minta pertolongan Allah,” ujarnya.

Meskipun berdepan pelbagai ujian, Wan Sharmila tetap menyifatkan perjalanan ibadahnya di Tanah Suci itu sebagai kenangan cukup bermakna.

“Banyak sangat cerita indah di hadapan Kaabah ni. Tak muat nak kongsi semua. Cuma kadang terfikir kat sini pun Allah takdirkan aku cipta kenangan walaupun seorang,” jelasnya.

BACA: ‘Aku balik kampung nak buat kejutan pada isteri, tapi aku pula yang kena kejutan sampai bapa mertua pun halau aku”