Baru-baru ini, seorang wanita berkongsi cara yang berkesan untuk menabung yang akhirnya membantunya membeli kenderaan idaman.
Dia berkongsi trik yang digunakan untuk menyimpan wang dengan konsisten, tanpa rasa terbeban atau tabung bocor hujung bulan.
Ini adalah trik yang saya guna masa nak kumpul duit untuk beli kereta pada awal 2022 dulu.
Trik pertama, saya buat tabung untuk setiap matlamat yang jelas.
Kalau korang nak simpan duit untuk deposit beli kereta, tulis dekat tabung tu “DEPOSIT KERETA”.
Sebab saya jarang pegang duit tunai, saya simpan dalam MAE Tabung melalui aplikasi MAE.
Tak perlu ada akaun simpanan dengan Maybank pun, cukup sekadar buka MAE Wallet.
Trik kedua, saya mula menabung mengikut kemampuan. Jangan tetapkan jumlah yang terlalu besar, nanti rasa terbeban dan semangat pun hilang. Bila guna MAE Tabung, kita boleh setkan potongan automatik.
Saya pilih untuk setkan hari yang sama atau sehari selepas gaji masuk. Jadi, terus saja saya tetapkan berapa yang nak dimasukkan ke dalam tabung, sama ada dari MAE Wallet atau akaun bank.
Kalau korang dapat gaji dua minggu sekali pun tak ada masalah, boleh setkan potongan dua kali sebulan.
Dengan cara ni, kita tak akan sedar duit dah ditolak secara automatik. Jadi, tak terasa sangat duit yang keluar. Trik ketiga, yang paling penting adalah no turning back. T
etapkan niat dan pastikan duit dalam tabung tak terusik walaupun ada banyak promosi jualan. Ingat, lagi banyak duit dalam tabung, lagi cepat kita dapat capai matlamat.
Di dalam MAE Tabung, kita boleh tengok berapa banyak yang sudah disimpan dan berapa lagi yang perlu untuk capai matlamat kita. Contohnya, kalau simpan RM500 sebulan, dalam dua tahun dah boleh kumpul RM12,000.
Sekarang ni, MAE app sedang buat kempen untuk pengguna baru Maybank. Jika korang belum ada akaun atau produk dengan Maybank, cepat daftar MAE Wallet menggunakan kod JOMMAE, Korang akan dapat ganjaran RM10 serta-merta.
Bukan itu sahaja, jika korang simpan RM500 dalam MAE Tabung jenis “Coin Jar”, korang layak untuk dapat RM0.50 setiap hari sehingga kempen ini tamat.
Kempen ni berlangsung dari 15 Oktober hingga 31 Disember, jadi rugilah kalau tak rebut peluang ni. Kempen ini khas untuk yang belum menjadi pelanggan Maybank sebagai hadiah selamat datang.
Satu lagi peluang hebat yang ditawarkan adalah MAEllionaire. Jika korang buka akaun MAE Wallet dan simpan RM500 dalam tabung, korang berpeluang untuk menang hadiah bernilai RM1,000,000.
Kempen MAEllionaire ini bermula pada 1 November dan akan tamat pada 31 Disember.
Selain menabung, korang juga boleh dapat entri tambahan apabila melakukan transaksi menggunakan MAE, seperti memohon kad MAE, membeli tiket ERL, top-up prepaid, atau membuat pemindahan ke ASNB atau Tabung Haji.
Jadi, jangan lepaskan peluang untuk membuka MAE Wallet dan mula menabung dalam tabung simpanan digital korang. Lagi awal simpan, lagi banyak yang boleh dikumpul.
Ajak ahli keluarga dan rakan-rakan yang belum jadi pelanggan Maybank untuk sertai kempen ini. Lagi ramai yang sertai, lagi semangat kita untuk menabung!
BACA: ‘Ujian ini kita anggap macam anjing je’ Andika respon kecaman trend Old Money?