Seorang wanita ditahan kerana membawa mayat seorang lelaki ke kaunter sebuah bank untuk mendapatkan pinjaman menggunakan nama si mati.
Pada kelmarin, Erika de Souza Vieira Nunes, 42 tahun, tiba di sebuah bank di bandar Rio de Janeiro
Tujuannya untuk membantu Paulo Roberto Braga, 68 tahun, memohon pinjaman bank bernilai 17,000 real (RM15,512).
Erika mendakwa lelaki berusia itu adalah bapa saudaranya dan dia adalah penjaga utama lelaki tersebut yang menggunakan kerusi roda.
Semasa hendak menandatangani beberapa dokumen pengesahan, Erika dilihat memegang tangan Paulo dan bertanya beberapa soalan yang tidak dijawab oleh lelaki itu.
Keadaan itu menimbulkan kecurigaan kakitangan bank, dengan salah seorang daripada mereka merakamkan kejadian tersebut.
“Possibly he’s not feeling well,” kata seorang daripada kakitangan bank.
“Uncle saya sihat, dia hanya agak pendiam,” jawab Erika sebelum kakitangan bank menghubungi perkhidmatan kecemasan dan polis.
Anggota paramedik kemudian mengesahkan bahawa lelaki itu telah meninggal dunia beberapa jam sebelumnya, sementara Erika ditahan dan dituduh cuba menipu.
Peguam Erika kemudian memberitahu wartawan bahawa Paulo masih hidup ketika dia dibawa ke bank dan dia hanya meninggal dunia semasa proses kelulusan pinjaman sedang berlangsung.
Walau bagaimanapun, polis menegaskan bahawa Erika sedar bahawa Paulo sudah meninggal dunia ketika dibawa ke bank dan dia bertujuan untuk menipu.
BACA: Aliff Syukri tidak ‘goyang’ dengan saman RM70 juta bekas Menteri, ini bukti yang disimpan