Wanita berbogel di khalayak ramai cetus situasi tegang orang ramai

Oleh SHUHADA BUSTAMAN

Baru-baru ini, satu insiden mengejutkan berlaku di pasar lama Bintulu, Sarawak apabila seorang wanita muncul dalam keadaan bogel sambil mengamuk.

Menurut laporan mStar, kejadian yang berlaku pada pagi Isnin itu menyebabkan kecemasan dalam kalangan orang ramai.

Wanita tersebut dipercayai sedang menghadapi masalah kesihatan mental dan bertindak agresif di tengah jalan raya, menghalang laluan trafik.

Keadaan semakin tegang apabila wanita tersebut menendang beberapa kenderaan, termasuk sebuah kereta peronda polis (MPV) yang datang untuk mengawal situasi.

Tidak berhenti di situ, wanita itu juga masuk ke sebuah kedai makan berdekatan, menyebabkan kebimbangan di kalangan pengunjung di situ.

Wanita berbogel di khalayak ramai cetus situasi tegang orang ramai

Namun begitu, pihak polis tidak menahan wanita tersebut. Sebaliknya, dia diserahkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk tindakan selanjutnya.

Insiden ini menjadi perbualan hangat di media sosial selepas beberapa gambar kejadian tular. Ramai netizen meluahkan rasa simpati terhadap wanita tersebut dan berharap dia mendapat bantuan yang sewajarnya.

“Kasihan dia… kalau dia sedar, dia takkan buat begitu. Semoga ada orang yang bantu selesaikan masalah dia.”

Kebanyakan netizen menasihatkan agar masyarakat tidak mentertawakan individu yang menghadapi masalah seperti ini kerana tidak mustahil situasi serupa boleh berlaku kepada diri atau keluarga sendiri.

BACA: Seiring dengan peredaran zaman, bomoh tawar santau dalam Carousell