Adakah anda salah seorang wanita yang memiliki bulu lebat di beberapa bahagian badan seperti tangan dan kaki?
Keadaan ini dikenali sebagai hirsutisme dan salah satu puncanya adalah peningkatan hormon testosteron.
Ramai yang beranggapan bahawa wanita berbulu lebat mempunyai keghairahan yang lebih tinggi berbanding biasa.
Adakah itu benar atau sekadar mitos? Berikut adalah ulasan lanjut mengenainya.
Sari van Anders, seorang pakar neuroendokrinologi dari Universiti Michigan, Amerika Syarikat, menyatakan
bahawa keinginan untuk melakukan hubungan seks dan beronani adalah dua perkara yang berbeza.
Persoalannya, adakah benar jika wanita berbulu lebat, nafsu syahwat juga tinggi? Peningkatan testosteron pada wanita berkait rapat dengan minat atau dorongan seks.
Teori ini diperkuat oleh kajian yang diterbitkan dalam jurnal Archives of Sexual Behavior. Pasukan penyelidik melaporkan bahawa wanita yang mempunyai tahap testosteron tinggi menunjukkan minat yang lebih besar untuk beronani berbanding melakukan hubungan seks dengan pasangan mereka.
Namun, pengeluaran hormon yang berlebihan atau terlalu kerap melakukan hubungan seksual boleh menyebabkan wanita kehilangan nafsu syahwatnya.
Kesimpulannya, wanita yang berbulu lebat tidak semestinya mempunyai nafsu yang tinggi.
Jika anda mengalami masalah libido yang terlalu tinggi atau rendah sehingga mengganggu kehidupan dan kesihatan seksual, segeralah berjumpa doktor. Jangan biarkan keadaan ini berlarutan
BACA: Menteri Kerja Raya dedah punca tanah runtuh di Melawati