Wanita buang rusa mainan anak selepas kerap kena gangguan misteri

Wanita buang rusa mainan anak selepas kerap kena gangguan misteri

Wanita buang rusa mainan anak selepas kerap kena gangguan misteri. Alat permainan yang berupa ‘makhluk hidup’ seperti manusia atau haiwan kadang-kalanya boleh membuatkan kita berasa meremang, lebih-lebih lagi pada waktu malam.

Satu video dimuat naik pada TikTok @sarasaera1 telah menjadi perbualan ramai apabila wanita tersebut mendakwa rumahnya ‘terkena’ gangguan mistik yang dipercayai berpunca daripada sebuah permainan berbentuk rusa kuning milik anaknya.

Menurut wanita itu, setiap kali anaknya bermain dengan ‘rusa’ tersebut, anaknya seolah-olah turut bermain dengan ‘sesorang’ yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar.

Perkara itu telah mencapai kemuncak apabila ada tetamu yang datang tumpang menginap di rumahnya tidak dapat tidur di bahagian ruang tamu. Tetamu itu menyatakan dia terdengar seperti ada seseorang mendengus kemarahan berkali-kali. Tetamu itu tidak menolak perkara aneh itu terjadi berpunca daripada permainan tersebut.

Perkongsian video itu telah mendapat pelbagai pandangan berbeza-beza daripada netizen. Ada yang mendakwa mereka turut mempunyai permainan yang sama, tetapi tidak mengalami sebarang gangguan aneh setakat hari ini.

Wanita buang rusa mainan anak selepas kerap kena gangguan misteri

Ada juga netizen berpendapat bahawa permainan tersebut memang ada ‘sesuatu’ sehingga menyebabkan gangguan aneh kerap berlaku di dalam rumah wanita tersebut. Tambah netizen, mereka kerap ‘diusik’ oleh permainan berupa teddy bear.

Dalam pada itu, netizen turut menegur cara wanita tersebut membuang ‘permainan berhantu’ tersebut. Sepatutnya, permainan itu dibocorkan dan dimasukkan ke dalam tong sampah, bukan dibiarkan dalam bentuk asal dan diletakkan luar tong sampah.

Ini kerana mahu mengelakkan sesiapa sahaja daripada mengambil permainan tersebut pulang.

Dalam video kedua pula, ada seorang anak buahnya tumpang tidur di bilik anaknya. Bagaimanapun perkara aneh turut berlaku kepada anak buahnya itu apabila dia mendapati kuda tersebut mengeluarkan bunyi sambil melompat-lompat di tepi katil.

Tambah wanita itu lagi, apabila dia kembali semula ke tempat pembuangan sampah itu, didapati rusa mainan tersebut sudah tiada lagi di situ.

@sarasaera1 korang ada mainan ni ? #fyp #horror ♬ Ghost Twins Singing – Horror Sound Effect – Ultimate Horror Sounds

BACA:

Ustaz Elyas kecam ustazah selamba jatuh hukum haram

Shuib tak sabar nak jumpa kembarnya di konti radio

Peguam Negara buka mulut isu lepas bebas Aziz Raheem

CATEGORIES