Tidak dapat dinafikan, pembangunan pusat beli-belah di Lembah Klang semakin rancak, bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan.
Bangunan ini sering menjadi tumpuan kerana menyediakan ruang parkir yang luas, memudahkan pengunjung untuk meninggalkan kenderaan mereka dengan selamat.
Namun, kawasan parkir yang besar kadangkala boleh menyebabkan kesulitan,
Terutama apabila seseorang terlupa di mana mereka meletakkan kenderaan.
Inilah situasi yang dialami seorang wanita, namun kisahnya mencuit hati.
Menurut perkongsiannya di media sosial, wanita tersebut pernah panik apabila gagal menemui keretanya selepas keluar dari pusat beli-belah.
“Tekan Alarm Pun Tak Bunyi”
“Saya pernah keluar mall, cari kereta tapi tak jumpa. Tekan alarm pun tak berbunyi. Dah sejam merayau, akhirnya terpaksa minta bantuan pengawal keselamatan,” kongsinya.
Pengawal keselamatan dengan penuh dedikasi turun padang, meminta maklumat tentang kereta sebelum mencari di setiap aras parkir. Namun, usaha selama hampir sejam itu masih tidak membuahkan hasil.
Rupa-rupanya Kereta Lain
Tambah wanita itu, ketika sudah hampir putus asa dan bersedia untuk membuat laporan polis, dia tiba-tiba ternampak sebuah kereta yang kelihatan biasa baginya. Barulah dia sedar bahawa pada hari itu dia membawa kereta ibunya, bukan keretanya sendiri.
“Dah nak nangis, nak report polis, tiba-tiba nampak kereta yang familiar. Rupanya hari tu bawa kereta mak. Memanglah tak jumpa kereta sendiri. Muka guard-guard tu nampak macam bengang je. Aduhai,” katanya, mengenang kembali kejadian tersebut.
Akibat rasa malu, wanita itu mengaku belum lagi menjejakkan kaki ke pusat beli-belah tersebut sejak kejadian beberapa tahun lalu.
Netizen Kongsi Pengalaman Serupa
Kisah wanita ini turut mengundang gelak tawa netizen di ruangan komen. Ramai yang berkongsi pengalaman lucu mereka sendiri ketika mencari kenderaan di kawasan parkir.
“Pernah panik cari kereta tak jumpa, rupa-rupanya hari tu naik motosikal. Sedar bila cari kunci kereta tapi yang ada dalam beg cuma kunci motor,” tulis seorang netizen.
Ada juga yang berkongsi situasi serupa apabila menggunakan kereta pinjaman:
“Kereta masuk bengkel, pinjam kereta adik. Kerja pula turun naik kereta setiap tiga jam. Setiap kali lupa, salah kereta sebab tak ingat nombor plat. Haru betul!”
Kisah-kisah ini membuktikan bahawa situasi terlupa lokasi kenderaan memang biasa berlaku, namun mampu menjadi kenangan lucu apabila dikenang kembali.
BACA: Ini sebab kenapa ibu mengandung wajib di buka buku pink