Wanita diceraikan talak tiga sebab suami angau dengan perempuan lain baru 27 hari nikah

Oleh SULAIMAN ABD RAHMAN

Seorang wanita meluahkan rasa sedih bercampur marah apabila dia diceraikan ketika usia perkahwinannya beru 27 hari.

Jelasnya menerusi satu video di TikTok, punca penceraian mereka itu adalah disebabkan adanya orang ketiga.

“Buat (suami), terima kasih untuk 27 hari ini menghalalkan saya jadi isteri awak. Terima kasih juga atas talak tiga ini.”

“Untuk (pihak ketiga), terima kasih sangat-sangat kerana runtuhkan rumah tangga. Bukan sekali tau, dua rumah tangga awak runtuhkan.”

“Saya tak nak usik pasal rumah tangga orang lain, saya cuma nak cakap satu je, rumah tangga saya.

Wanita diceraikan talak tiga sebab suami angau dengan perempuan lain baru 27 hari nikah

Saya tak ada buat salah dengan suami saya, dan saya tak ada jadi isteri yang derhaka.”

Biarpun tahu yang suaminya ada wanita lain, dia menjelaskan bahawa dia tetap taat dengan melayan suaminya itu dengan baik.

“Saya tahu dia ada perempuan lain, saya layan makan minum dan tempat tidur dia semua. Ingat aniaya seorang isteri dan perempuan, kifarah tu ada. Tunggu.”

Jelasnya lagi penceraian itu adalah kali kedua buat dirinya, hasil perkahwinan terdahulu, dia dikurniakan t3 cahaya mata dan bertahan selama 13 tahun.

“Perkahwinan pertama bertahan 13 tahun dan kedua 27 hari. Insya-Allah saya kuat.”

Sebelum ini, dikatakan ada video lain yang merakamkan pertengkaran antara wanita itu dan suaminya di dalam sebuah rumah.

Bagaimanapun, video yang dimuat naik di TikTok itu telah dipadamkan, namun ia tular ke media platform media sosial yang lain.

Dalam pada itu, wanita ini turut menceritakan kejadian sewaktu dia diceraikan menerusi ruangan komen, katanya, dia diceraikan talak satu pada 8 Ogos dan waktu itu dia baru sahaja 13 nikah dan 13 Ogos dia lafas talak satu sekali lagi.

Malah depan lafaz cerai itu juga dibuat depan orang ketika agar mereka tak perlu rujuk. Katanya, bekas suaminya itu memang tergilakan orang ketiga itu sampai lelaki tersebut sanggup membutukkan dirinya dekat pihak ketiga.

BACA: ‘Weh, mak dah mati ni..Duit mak RM6000 transfer kat aku sekarang..’