Wanita habiskan 100 pinggan sushi, 100 ladu dalam masa 10 minit

Oleh ZULQARNAIN ISMAIL

Wanita yang berusia 29 tahun telah habiskan 100 pinggan sushi dan 100 ladu dalam masa 10 minit.

Dia lebih gemar menghabiskan makanan itu secara pukal kerana didapati lebih mudah untuk ditelan.

Seorang wanita di negeri California mengembara ke seluruh dunia untuk bersaing dalam cabaran menghabiskan makanan dengan masa yang pantas, lapor akhbar New York Post semalam.

Wanita habiskan 100 pinggan sushi, 100 ladu dalam masa 10 minit

Raina Huang, 29, boleh menghabiskan 100 pinggan sushi dalam masa 35 minit sahaja dan menelan 100 ladu dalam masa cuma 10 minit.

Raina menarik tumpuan netizen selepas berkongsi rakaman dirinya menghabiskan pelbagai jenis makanan di platform TikTok dan YouTube.

Dia lebih gemar menghabiskan makanan Mexico secara pukal kerana didapati lebih mudah untuk ditelan.

“Cabaran mengabiskan Burrito sangat hebat kerana ia sangat lembut dan saya boleh menyelesaikannya dengan cepat,” kata Raina.

Baru-baru ini, Raina mengambil bahagian dalam satu cabaran di Taiwan di mana dia menghabiskan 7.7 kilogram stik dalam masa 70 minit.

Bagaimanapun, dia dikalahkan oleh seorang pencabar dari Asia yang menghabiskan lebih banyak stik walaupun pada kadar lebih perlahan.

Baca juga: Wanita kongsi kos nikah dan sanding paling bajet, total RM4,000 termasuk mas kahwin