Wanita ini berjaya raih pendapatan RM200 ribu seminggu dengan hanya jual ‘kentut’
Seorang bekas peserta rancangan realiti yang disiarkan di televisyen negaranya mampu menjana pendapatan tambahan yang sangat menguntungkan,
namun apa yang menghairankan ialah, dia menjual barangan yang langsung tidak terfikir ianya boleh dijual.
Wanita ini bertindak menjual kent0tnya yang telah dikumpul di dalam balang. Berita itu telah dimaklumkan oleh Metro UK.
Pemilik nama Stephanie Matto ini telah menyertai rancangan go Day Fiance mendapat pendapatan sehingga AS$50,000 bersamaan dengan RM213,016 dalam masa seminggu, wanita itu hanya menjual kent0tnya sendiri yang telah dikumpulkan dalam satu balang bersama beberapa kelopak bunga ros serta nota peribadi.
Wanita yang membuat tindakan aneh itu telah mensasarkan sejumlah 260,000 pengikutnya akan menjadi pelangganya. Balang yang berisi kent0tnya itu dijual pada harga AS$1000 iaitu RM4237 sebalang dan pada masa itu dia sedang mengadakan promosi diskaun 50 peratus. Ini bermakna itu bukanlah harga asal dan lebih tinggi sebelum ditolak diskaun 50 peratus berkenaan.
Stephanie mula terkenal selepas dia menyertai rancangan mema parkan yang mengisahkan samada dua pasangan akan berkahwin ataupun tidak , setelah tiga bulan menghabiskan masa bersama dan menjalani proses saling mengenali.
Walaupun Stephanie tidak berjaya memiliki pasangan dalam rancangan realiti tersebut, namun popularitinya kian meningkat dan berjaya mendapat permintaan peminat untuk membeli balang yang tersedia kent0tnya itu.
Stephanie Matto berkongsi, bahawa dia telah makan banyak protein, yogurt, telur yang direbus serta kacang untuk menghasilkan kentot yang berkualiti.
“Beberapa tahun sebelum ini, saya telah mendapat permintaan menjual coli, seluar dalam, rambut serta air mandian yang saya telah gunakan sebelum ini.
“Saya merasakan dengan menjual balang kent0t ini adalah satu cabang perniagaan yang cukup hebat, menyeronokkan dan keuntungannya berganda-ganda.
Wanita itu mengatakan setakat ini, dia telah berjaya menjual sebanyak 97 balang dan ternyata dengan harga yang dijualnya, ramai yang sanggup membeli barang yang dianggap cukup aneh itu.
Daripada perkongsian ini, kita dapat melihat apa sahaja yang berjaya ditambah nilai berjaya mendapatkan pelanggan walaupun barang tersebut dianggap sangat aneh dan jijik.
Perniagaan adalah apa sahaja yang mempunyai permintaan dan ada yang bersedia untuk menyediakan barang permintaan tersebut. Selagi mana barang itu ada permintaan yang tinggi, maka pihak yang menyambut permintaan itu mampu mendapat keuntungan malah berganda-ganda.
Tidak dapat dipastikan apakah punca peminat sanggup membeli balang kent0tnya itu, namun disebabkan populariti dan kecantikan yang dimiliki, ia mungkin antara faktor peminat fanatik sanggup membeli apa sahaja demi mencapai cita-cita untuk memiliki koleksi peribadi milik wanita itu.
Hari ini kita dapat menyaksikan pelbagai platform e-dagang antarabangsa wujud untuk menjual pelbagai barangan yang boleh didapati merentasi sempadan. Contohnya platform ebay, alibaba, amazon.com dan banyak lagi. Kesemua platform ini bukan sahaja menjual barangan biasa malah turut menjual barang yang langsung tidak terfikir oleh akal manusia. Contohnya batu, bantal busuk, dan macam-macam lagi.
Selagi barangan tersebut tidak melanggar undang-undang, ianya bebas dijual oleh sesiapa sahaja sekiranya tidak mengancam manusia.
Satu perkara positif yang kita boleh pelajari dari Stephanie Matto ini adalah bijak mengambil peluang setelah mengetahui dirinya dikenali.
Namun sebagai manusia yang mempunyai kewarasan akal fikiran, kita sepatutnya menjual barangan atau servis yang ternyata memberikan manfaat kepada orang lain.
Pelanggan sanggup membeli balang aneh itu darinya mungkin kerana mengambil manfaat lain namun dalam masyarakat kita yang beragama islam, sepatutnya ia tidak berlaku di negara kita.
BACA: Kemungkaran berlaku depan mata pemimpin Pas, Dr Khairuddin dakwa pemimpin Pas lemah