Wanita ini memasak tanpa henti selama 227 jam, macam ni kalah Chef Wan!

Oleh ZULQARNAIN ISMAIL

Cef Ghana mungkin mencatatkan pencapaian cemerlang dengan berjaya memasak tanpa henti selama lebih 227 jam, yang mungkin memecahkan rekod dunia.

Failatu Abdul-Razak menyifatkan cabaran itu sebagai amanah negara dan menjelaskan bahawa usaha terbaiknya diberikan demi Ghana.

Dengan tekad untuk memastikan rekodnya sukar dicapai oleh sesiapa yang cuba menandingi,

Wanita ini memasak tanpa henti selama 227 jam, macam ni kalah Chef Wan!

Failatu Abdul-Razak mendapat sokongan meriah daripada orang ramai yang bersorak sambil berjalan keluar dari dapur hotel di bandar Tamale. Semasa cabaran itu, dia memakai bendera negaranya sebagai simbol semangat.

Pelbagai individu terkenal, termasuk Naib Presiden Mahamudu Bawumia, selebriti, dan tentera Ghana turut hadir untuk menyokong Failatu Abdul-Razak sepanjang cabaran memasak tanpa henti tersebut.

Pasukan Failatu Abdul-Razak menyatakan hasrat untuk menghantar bukti kepada Rekod Dunia Guinness (GWR) untuk mendapatkan pengiktirafan rasmi atas pencapaian baru wanita tersebut.

Dalam respons kepada pencapaian ini, Guinness World Records (GWR) dalam aplikasinya menyatakan bahawa mereka akan meneliti bukti pencapaian Failatu Abdul-Razak sebelum mengumumkan pengiktirafan rasmi.

Rekod sebelum ini dipegang oleh warga Ireland, Alan Fisher, yang berjaya memasak selama 119 jam dan 57 minit. Tahun lalu, Hilda Baci turut mencipta kegembiraan di Nigeria apabila berjaya mengatasi rekod yang ditetapkan oleh Fisher.

BACA: “Aku terjatuh berguling di 12 anak tangga sampai kandunganku gugur, 3 minggu pantang keguguran, suami bagitau esok dia nak kahwin lain”