Wanita ini terkejut tiba-tiba 30 kotak kondom dihantar kerumah, didakwa tak pernah order, rupanya ini kerja..

Oleh AHMAD YUSOF MUSTAPHA

SEORANG wanita terkejut apabila dia dicaj £300 (RM1,740) selepas lebih 1,000 keping kondom dihantar ke rumahnya.

Joelle Angleheart, dari Ontario, Kanada menerima e-mail daripada Amazon mengenai penghantaran kondom itu,

namun menganggap ia palsu kerana dia dan suaminya tidak membuat sebarang tempahan.

Wanita ini terkejut tiba-tiba 30 kotak kondom dihantar kerumah, didakwa tak pernah order, rupanya ini kerja..

Angleheart berkata, 30 kotak besar yang mengandungi kotak-kotak kecil berisi kondom dihantar ke rumahnya ketika suaminya sedang dirawat di hospital.

“Kami secara automatik menganggap e-mail itu adalah penipuan kerana ia bukan sesuatu yang kami akan beli. Kami tidak tahu mengapa ia dihantar kepada kami.

“Kami benar-benar tidak dapat memahami apa yang berlaku dan mengapa kami menerima bungkusan itu di rumah kami,” ujarnya.

Lebih menyakitkan hati, dia mendapati kad kreditnya telah RM1,740 untuk pesanan itu.

BACA: Menteri persoal kenapa Perikatan Nasional tidak pisahkan kuasa Peguam Negara ketika mentadbir