Wanita kesal tetamu buang pampers yang berbau terus ke dalam tong sampah tanpa lapik.
Begitulah yang dialami oleh seorang pengguna TikTok yang dikenali sebagai Nurin Nor yang meluahkan rasa kecewa terhadap tetamu yang betandang ke rumahnya.
Menerusi video tersebut, dilihat tetamu yang datang ke rumahnya telah membuang lampin bayi terus ke dalam tong sampah t
anpa dibungkus dahulu dengan plastik bagi mengurangkan bau.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen turut memberikan pelbagai respon,
ada yang memahami kekecewaan yang dirasakan tuan rumah dan memberi peringatan kepada tetamu untuk menjaga adab ketika berkunjung ke rumah orang.
Untuk peringatan ibubapa yang ada anak kecik, buang pampers tu dah betul dalam tong, tapi tolong masukkan dalam plastik, bukan buang macam tu je, ikat kemas-kemas. – Pengguna TikTok.
Namun, ada juga yang berharap agar tuan rumah tidak terlalu mengambil hati dengan tetamu yang datang kerana tetamu ini pembawa rezeki.
“Kena la expect benda macam ni akan berlaku bila ada yang ziarah rumah, nak-nak waktu raya dan yang ada anak kecil, sekurangnya dia buang dalam tong sampah bukan bersepah-sepah,” tulis seorang netizen.
Diharap juga tetamu terlebih dahulu bertanyakan kepada tuan rumah, mana tahu tuan rumah boleh bantu dengan pampers tersebut. Ada orang yang sensitif dengan bau jadi harap yang berkungjung memahami. Jaga adab dengan tuan rumah.
Baca Juga Wanita tergamam anak bawa balik makanan jamuan raya campur dalam satu bekas