Semakin banyak cerita mengenai isteri curang kebelakangan ini. Kali ini, seorang wanita mengaku curang dengan bapa mentuanya sendiri hingga terlanjur dan ketagih. Allahu…
Tular di X, wanita tersebut mendedahkan perbuatan terkutuk itu berlaku selepas ibu mentuanya meninggal dunia, sementara suaminya bekerja di luar negara.
Yang membuatkan netizen lebih tercengang adalah apabila dia sendiri mengaku tidak menyesal setelah terlanjur beberapa kali.
“Sejak itu, saya tak boleh berhenti fikir dengan apa yang terjadi.
Saya masih sayang suami saya tetapi bapa mentua saya lebih baik di ranjang dan memang menjaga saya dengan baik setiap kali saya di sana.
“Makin lama makin teringin bersama dengan bapa mentua saya.”
Adakah normal untuk mencintai dua lelaki dalam satu masa?
Tambahnya, hubungan terlarang itu juga membuatkannya terfikir untuk meninggalkan suaminya demi bapa mentuanya.
“Saya rasa sangat bersalah untuk bersemuka dengan suami tetapi perasaan saya ketika bersama bapa mentua sangat menakjubkan.”
Meninjau ruangan komen, ramai yang menyuruh wanita itu supaya bertaubat dan mengingatkannya bahawa dia masih tidak boleh berkahwin dengan bapa mentuanya walaupun sudah bercerai.
Astaghfirullah… Suami susah payah mencari duit, yang sakit pula dipilihnya. Semoga wanita ini cepat-cepat bertaubat.
BACA: Elon Musk umum ‘rasuah’ RM210 juta sebulan untuk kempen Donald Trump