Wanita laung takbir di roadblock polis, terdiam anggota sekejap

Wanita laung takbir di roadblock polis, terdiam anggota sekejap. Sebuah klip video tular di media sosial Indonesia memaparkan aksi seorang wanita melaungkan takbir ketika berhadapan dengan seorang anggota polis dalam keadaan tidak memakai topi keledar, lapor laman berita Suara.com.

Video itu dimuat naik dalam akaun Twitter @Tita83079013.

Kelihatan seorang wanita memakai blazer berwarna khaki dan tudung merah jambu menunggang motosikal di hadapan seorang pegawai polis yang mengawal jalan.

Dia dilihat tidak memakai topi keledar semasa menunggang motosikal, manakala cermin sisi juga tidak dipasang.

Wanita itu melaungkan takbir ketika berhenti dengan menggenggam tangannya di hadapan polis itu.

Wanita laung takbir di roadblock polis, terdiam anggota sekejap

Pegawai yang bertugas itu hanya memandangnya dengan meletakkan tangan di belakang. Dia kemudian mengangguk sebelum wanita itu beredar tanpa menoleh ke belakang.

Video berkenaan mendapat perhatian netizen di ruangan komen.

“Senang tinggal catat nombor plat motosikal untuk bayar saman,” komen seorang netizen.

BACA:

Mangsa dera umur 8 tahun akhirnya diselamatkan bomba

Amal seks songsang, doktor sahkan pelajar IPT paling ramai dapat HIV

“Perli isteri pakar saham ke tu?” Netizen persoal isteri Caprice hempas bantal