Wanita luah rasa kecewa berurusan sesama jantina, “Bila kena batang hidung sendiri baru tahu lelaki ni spesis paling simple”
Orang lelaki berniaga dengan orang perempuan berniaga memang tak sama.
Nak dapatkan kereta sewa di Sarawak hari itu sahaja telah membuktikan segalanya.
Mula mula deal dengan kereta sewa pemiliknya perempuan.
Dari Semenanjung lagi dah deal.
Kawannya recommend kereta sewanya kepada saya.
Kira kawan dah jadikan orang tengah.
Ingatkan dah okey.
Dah bayang sampai airport kereta sewa dah tunggu.
Dah masuk kapal terbang nak berlepas, nampak mesej masuk.
Rupanya minta saya bagi pengesahan, minta snap kad pengenalan dan lesen memandu bagai.
Masa ni beg kita semua dah ke mana sebab bawa tiket dan passport saja. Nak kena geledah beg pula. Saya abaikan dahulu. Nantilah bila dah sampai airport sana.
Tapi, eh
Daripada janji 2 hari guna kereta, katanya dia buat kiraan hari, jadi 3 hari sewa pula.
Kemudian ditanya jadi atau tidak?
Kalau jadi nak kena upah runner pergi hantar ke airport.
Benda dah janji, saya kata jadi. Saya maklumkan saya dah nak terbang. Nanti sampai airport sana saya mesej semula.
“Ada caj penghantaran ya ke airport”
Ah, sudah.
Saya tanya berapa caj penghantaran?
Rm40 katanya.
Haish, macam macam pula.
Masa ni saya pula pening.
Ingat benda dah jadi.
Dah malam pun masa kami nak berlepas.
Sampai nanti kereta bukan guna pun.
Hanya nak guna dari airport drive ke hotel untuk tidur.
Sampai mendarat di Sarawak, saya baru dapat balas. Oleh kerana runner pun dia tak panggil lagi sebab nak dapat pengesahan bagai, saya pun mesej kata tak apalah, saya naik grab atau taxi sahaja.
Saya pun dah tak ada mood nak deal.
Bila dia pun present problem dia jika begitu begini dan minta saya faham begitu begini.
Okey tak apa.
Kami buat keputusan naik teksi sahaja.
Teksi pun tengah ada.
Saya sepakat dengan suami kita tak guna pun kereta malam datang tu.
Baik naik teksi, kita boleh berehat dalam teksi. Tak perlu suami nak cari cari hotel dekat mana pertama kali. Teksi boleh terus bawa pergi, save energy.
Terima kasih ya, balas saya.
Eh, time ni dia tanya saya balik,
“Jadi, tak jadi ke?”
Dengan tekad, saya jawab
“Ya, kami ambil teksi sahaja. Terima kasih, ya”
Fuh!
Saya maklumkan pada sahabat yang tolong dealkan yang kami naik teksi sahaja.
Banyak pula prosudernya dan kami pula tengah berposak 7 beranak, turun naik kapal terbang dan perlu lepasi imigresen.
Sekali sahabat saya ini berikan nombor lain. Katanya tak senang nak tidur malam mikir macam mana saya nak handle anak anak kalau tak ada kereta di Kuching. Dah lah hari Gawai pula. Orang banyak balik kampung. Risau dia kami tak ada pengangkutan nanti.
Tup tup, sahabat saya ni mesej.
Katanya, cuba deal dengan yang satu lagi ni.
Kali ini lelaki.
Kata sahabat saya ni,
Boleh tanya kereta sewa untuk esok. Nanti nak bawa jalan anak anak senang.
Saya pun try mesej masa dalam teksi, otw ke hotel.
Saya maklumkan saya dapat nombor daripada sahabat dia punya sahabat. Saya maklumkan esok cadang nak sewa kereta. Saya maklumkan hotel di mana.
Sekali saya dapat reply mesejnya satu ayat sahaja.
Namun, satu ayat yang dah settlekan segalanya.
Katanya,
“Waalaikumusalam, baik. Jumpa esok”
Terpinga pinga saya.
Saya bagi tahu suami,
“Hah, semudah itu saja. Tak macam yang semalam tu”
Dengan selamba suami balas,
“Baru tahu perempuan macam mana?”
BACA:
Siapa sangka pengemis yang selekeh pun ada simpanan dekat RM150000, rupanya ini cara dia simpan duit