Wanita Malaysia terkedu kongsi kejadian pukau berlaku depan-depan mata

Oleh ISMAIL YAHYA

Orang Malaysia pada amnya cukup terkenal dengan budi bahasa yang tinggi dan nilai murni ini pastinya akan dibawa ke mana-mana terutamanya apabila melancong ke negara orang.

Pun begitu, ada sesetengah tempat, destinasi dan negara, kita dinasihatkan agar tidak mudah kesian dengan orang

Atau tidak terlalu peramah kerana akan ada mereka yang akan mengambil kesempatan ke atas keramahan kita tersebut.

Wanita Malaysia kongsi kejadian pukau berlaku depan-depan mata

Sama seperti satu perkongsian di TikTok oleh pengguna akaun @ninicomei ini di mana dia dan rakannya menyaksikan apa yang dikatakan kejadian ‘pukau’ berlaku di hadapan mereka ketika mereka bercuti di Itali baru-baru ini.

Menerusi dua video pendek yang dikongsikan tersebut, gadis yang dikenali sebagai Nini tersebut mengingatkan orang ramai yang ingin ke tempat tumpuan pelancongan iaitu Colloseum di Itali agar berhati-hati dengan kejadian scam yang wujud di kawasan berkenaan.

Menurut mereka, para pelaku akan memegang ‘tangkal’ atau rantai tangan sebelum mendekati mangsa sambil cuba berbuat baik dengan mangsa dengan pelbagai ayat pujian sebelum memberikan rantai tangan tersebut sebagai ‘hadiah’.

@ninicomei Hati hati di Italy 🇮🇹 Kejadian kena pukau di depan colosseum berlaku depan mata nini. Jangan friendly or baik sangat! Be safe guys! #travelwithninicomei #pukau #scammer #italy #rome ♬ original sound – Nini Comei


Dalam masa yang sama, pelaku akan meminta mangsa mengeluarkan dompet atau beg duit dan membukanya. Menurut Nini, ketika ini mangsa seakan-akan dipukau dan akan turuti sahaja permintaan pelaku.
Menurutnya lagi, pelaku akan melihat warna duit yang ada dalam beg duit tersebut dan akan mengambil beberapa keping yang dia mahukan dan mangsa kemudian akan beredar seperti tiada apa yang berlaku.

Pun begitu, bukan di lokasi tersebut sahaja berlaku perkara tersebut. Menerusi sebuah lagi video, kejadian penipuan melibatkan rantai tangan ini juga kelihatan di Vatican City.

Jadi, orang ramai yang ingin ke sana diminta berhati-hati dan jangan layani mereka yang menawarkan apa sahaja pemberian berbentuk rantai tangan dan sebagainya.

Kalau korang dah biasa travel dan rajin buat pembacaan, pemberian rantai tangan ini merupakan salah satu daripada ‘travel scam’ yang terkenal seluruh dunia.

Modus operandi mereka boleh dikatakan hampir sama iaitu menawarkan ‘hadiah’ berbentuk gelang tangan, key chain dan sebagainya sebelum bertindak untuk memaksa mangsa ‘membayar’ hadiah tersebut.

BACA: Dulu dikata gila nak bersaing dengan KFC, ini kisah pengasas Marrybrown ramai tak tahu