Wanita mati hidup semula selepas dua jam disahkan meninggal dunia

Oleh SULAIMAN ABD RAHMAN

Menurut pihak berkuasa, seorang wanita yang sebelum ini dilaporkan meninggal dunia, tiba-tiba hidup semula selepas berada di rumah pengebumian selama dua jam.

Menurut Ketua Timbalan Pejabat Syerif Daerah Lancaster, Ben Houchin, wanita tersebut dikenali sebagai Constance Glantz, 74 tahun, dari bandar Lincoln, Nebraska.

Glantz merupakan penghuni di rumah jagaan Mulberry at Waverly di bandar Waverly, di mana beliau sedang menerima rawatan dan jagaan hospitaliti.

Houchin menambah bahawa Glantz dilaporkan meninggal dunia semalam pada kira-kira pukul 9.44 pagi (waktu tempatan)

Dan mayatnya telah dibawa oleh pekerja ke rumah pengebumian.

Wanita mati hidup semula selepas dua jam disahkan meninggal dunia

Walau bagaimanapun, semasa proses pengebumian, mereka mendapati Glantz masih bernafas dan dengan serta-merta menghubungi perkhidmatan kecemasan.

“Glantz kemudiannya dibawa ke hospital berdekatan sebelum diisytiharkan masih hidup,” kata Houchin.

Sementara itu, siasatan mengenai kejadian tersebut di rumah jagaan sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian ini.

BAca: “Bila suruh cari kerja, mula lah tarik muka, tak bercakap berhari-hari, akhirnya aku tinggalkan suami biawak hidup”