Tidak dapat dinafikan, setiap ibu yang mengandung pasti menghadapi pengalaman yang berbeza-beza.
Ada yang merasa perubahan tubuh badan mereka sebagai perkara biasa sahaja, hingga tidak menyedari bahawa mereka sedang hamil.
Namun, ada juga yang terpaksa berhadapan dengan alahan yang teruk sepanjang sembilan bulan kehamilan.
Rakannya Melahirkan Tanpa Mengetahui Sedang Hamil
Baru-baru ini, sebuah perkongsian di laman TikTok mencuri perhatian ramai, apabila seorang wanita berkongsi kisah rakannya yang melahirkan anak tanpa menyedari dirinya sedang hamil.
Dalam video tersebut, wanita berkenaan kelihatan melawat sahabatnya yang baru sahaja melahirkan di sebuah pusat perubatan.
Meskipun terkejut dengan kelahiran yang tidak dijangka, sahabatnya itu bersyukur kerana akhirnya dikurniakan zuriat lagi.
Terkejut, 2 Tahun Tak Datang Bulan, Rupanya Baby Dah 8 Bulan Dalam Perut
Kisah ini menjadi lebih mengejutkan apabila wanita yang dikenali sebagai Hidayatul mendedahkan pengalaman luar biasa yang berlaku kepadanya.
Menurutnya, dia sudah lebih dua tahun tidak datang bulan.
Namun, dia tidak mengesyaki apa-apa perubahan dalam tubuhnya sehinggalah satu hari, dia mula merasakan ada pergerakan dalam perutnya. K
erana merasa pelik dan ingin mendapatkan kepastian, Hidayatul memutuskan untuk mendapatkan rawatan di klinik. Hasilnya, dia diberitahu bahawa dirinya sudah hamil lapan bulan!
Kejutan yang dialami oleh Hidayatul bukan sahaja mengundang rasa terkejut pada dirinya, tetapi juga pada ramai netizen yang menonton video tersebut.
Rata-rata pengguna media sosial memberikan ucapan tahniah kepada ibu tersebut, dengan beberapa daripada mereka juga berharap agar mereka turut dikurniakan rezeki anak selepas bertahun-tahun menunggu.
Kisah Hidayatul ini mengingatkan kita bahawa kehamilan boleh datang dengan pelbagai cara yang tidak dijangka, dan kadangkala, rezeki anak datang pada waktu yang paling luar biasa.
BACA:Â Bendera Amerika Syarikat dikibar separuh tiang, rupanya ini sebenarnya yang jadi