Wanita mendapat manfaat besar dari belanjawan Selangor 2021

Wanita mendapat manfaat besar dari belanjawan Selangor 2021

Saya ingin merakamkan sekalung penghargaan kepada YAB Dato’ Menteri Besar yang telahpun mengumumkan Belanjawan Selangor 2021. Belanjawan yang secara jelas meletakkan tapak yang kukuh dalam merealisasikan misi dan visi memantapkan kepimpinan negeri.

Sebagai salah seorang Ahli Majlis Kerajaan Negeri, saya yakin dan percaya wanita di Selangor antara penerima manfaat terbesar dari segenap input belanjawan. Secara dasarnya, dalam mendepani kemelut pandemik dan politik, polisi nan mesra rakyat pastinya didambakan.

Saya masih ingat semasa tahun 2008, bila pertama kali Selangor di tadbir oleh kerajaan Pakatan dan saya diamanahkan Jawatan EXCO Wanita Selangor, sebelum itu Kerajaan Barisan Nasional (BN) Selangor hanya memperuntukkan sekitar RM100,000 bajet pembangunan wanita. Setelah dasar mereformasikan peranan Wanita di Selangor, maka hari ni belanjawan wanita, keluarga dan kebajikan masyarakat adalah RM71.3 juta.

Saya ingin mengambil peluang untuk menebar apresiasi kepada seluruh lapisan masyarakat sivil,aktivis politik, serta penjawat awam yang telah berkhidmat dengan sepenuh jiwa untuk pembangunan negeri Selangor. Bahkan dengan pelbagai reaksi,respon dan komen daripada segenap peringkat inilah, kita mampu untuk menghasilkan sebuah rencana yang segar dan progresif.

Hanya dengan tekad politik dan azam baktilah kita dapat memastikan evolusi belanjawan yang lebih harmoni. Fasa seterusnya perlu dijayakan dalam memastikan rakyat terbanyak menerima manfaat.

Ayuh kita terus

MELAKAR REALITI BAHARU: MEMPERKASA EKONOMI BERMARUAH PAKSI KECEKALAN RAKYAT

YB PN HAJAH RODZIAH ISMAIL
Ketua Wanita PKR Selangor
Majlis Pimpinan Pusat Parti Keadilan Rakyat

Sumber :