Wanita mengadu rimas dengan perangai suami, suami tiba-tiba sampai Langkawi dari Johor semata-mata nak ‘spot check’ isteri

Oleh KAMARUL HISHAM ABDULLAH

Baru-baru ini, seorang lelaki berkongsi rasa terkejut dan terharu dengan sikap isterinya yang sentiasa mengetahui keberadaannya

Tanpa dimaklumkan, walaupun dia mengalu-alukan kebebasan untuk bersosial dan melakukan hobi.

Bagi lelaki tersebut, kebebasan tersebut adalah satu anugerah, dan dia bersyukur kerana isterinya memberinya ruang untuk meluangkan masa bersama rakan-rakan atau menjalankan aktiviti luar.

Namun, kejutan kerap berlaku apabila isterinya secara mengejut muncul di tempat-tempat yang dia pergi.

“Bini aku jenis suka datang ke tempat kerja secara tiba-tiba. Memang rimas la juga, tapi aku hargai kerana dia sangat sporting.

Wanita mengadu rimas dengan perangai suami, suami tiba-tiba sampai Langkawi dari Johor semata-mata nak 'spot check' isteri

“Cakap je nak lepak, nak keluar dengan kawan, nak memancing, nak pergi ride ke, dia bagi je. Cuma ke mana aku pergi, tahu-tahu dia sampai walaupun aku tak bawa dia,” katanya.

Tidak hanya menjejaki keberadaannya, malah isterinya juga mengetahui nombor telefon rakannya tanpa mengira jantina.

Salah satu insiden yang diingatinya adalah ketika dia berada di Langkawi atas urusan kerja dan menginap di sebuah hotel. Walaupun jauh dari rumah, isterinya muncul secara mengejut di hotel tempatnya menginap, membuatkan dia terkejut.

“Sikit je pun, tapi tak sampai 30 minit insiden berlaku dia dah datang ofis, siap bawa minyak angin. Apabila tanya mana tahu ni? Dia jawab ada la. Jangan kata aku je, anak-anak pun sama. Siapa anak berkawan, ke mana anak pergi, bini aku mesti tahu.

“Dialah satu-satunya wanita superwoman. Bagi aku, semua benda dia buat dalam satu masa.. Rumah elok je settle walaupun ambil tahu hal aku dan anak-anak,” tambahnya.

Walaupun sikapnya mungkin agak aneh, lelaki tersebut terharu dengan kasih sayang dan keperihatinan isterinya.

Dalam pada itu, dia menafikan dirinya sebagai ahli ‘geng takut bini’ (GTB) sebagaimana yang dilabelkan oleh rakan-rakannya. Sebaliknya, dia bersyukur kerana diberi kebebasan untuk bersosial tanpa sebarang ‘drama’ setiap kali kemunculan isterinya itu.

“Cuma tabiat dia nak tahu aku ke mana dan dengan siapa aku keluar. Dan tiba-tiba muncul, selepas tu dia balik. Itu je,” katanya lagi.

Pendedahan lelaki tersebut mendapat perhatian netizen yang memberikan pelbagai reaksi dan pandangan masing-masing, namun kebanyakan menganggap sikap isterinya sebagai tanda kasih sayang dan kesungguhan dalam menjaga rumah tangga.

BACA: Wanita terkejut ada suara mengajuk ketika dodoi anak, rupanya tak elok buat bunyi ‘shushh, shushh’