Selama empat tahun, jiran-jiran yang tinggal berdekatan dengan rumah pasangan John dan Lois McCullough di Great Baddow, Chelmsford, England,
menyangka mereka sudah berpindah untuk menghabiskan hari tua di tempat lain.
Langsir rumah mereka tidak pernah diselak, dan rumah itu kelihatan kosong sepanjang masa.
Namun, tiada siapa yang menduga bahawa anak bongsu pasangan itu, Virginia McCullough, menyembunyikan sebuah rahsia besar di rumah mereka.
Pada Jun 2019, Virginia telah meracuni dan mencederakan ibu bapanya dengan ubat terlarang sehingga menyebabkan kematian kedua-duanya.
Lebih mengejutkan, tubuh John dan Lois hanya disimpan di dalam rumah yang sama selama empat tahun. Kejadian ini bermula selepas Virginia tinggal bersama mereka, mengaku bahawa dia ingin menjadi seorang artis yang dipercayai bakal menjamin masa depannya.
Namun, di belakang mereka, Virginia telah terperangkap dalam masalah hutang kad kredit yang didaftarkan atas nama ibu bapanya.
Bukan itu sahaja, Virginia juga telah menggunakan wang ibu bapanya untuk berjudi, yang akhirnya menyebabkan dia bimbang perbuatannya terbongkar. Kejadian tragis ini didorong oleh tindakan jenayahnya yang semakin besar.
Virginia bijak merancang dan menyusun cerita, malah dia sering berhubung dengan saudara mara agar rahsianya terus terjaga.
Selama tempoh itu, Virginia berpura-pura menjadi ibu bapanya dan membatalkan temujanji penting dengan pihak-pihak tertentu.
Dia juga menghantar mesej dan hadiah dengan kad ucapan atas nama John dan Lois kepada saudara-mara, menunjukkan seolah-olah pasangan tersebut masih hidup.
Virginia turut meminta orang terdekat untuk tidak datang ke rumah, kononnya kerana John dan Lois sudah berpindah ke kawasan pantai.
Melalui penjualan aset, penggunaan kad kredit dan wang pencen, Virginia berjaya mengaut sebanyak £149,697 (bersamaan RM666,398) daripada ibu bapanya yang telah meninggal dunia. Bahkan, setelah jenayah itu berlaku, dia sempat membuka kad kredit baru menggunakan nama ibunya.
Virginia akhirnya ditangkap pada September 2023 dan dikenakan hukuman penjara seumur hidup. Selama tempoh perintah berkurung semasa COVID-19, ia memudahkan Virginia untuk menyembunyikan perbuatannya.
Namun, pihak pusat perubatan mula curiga apabila John dan Lois sering membatalkan temujanji pemeriksaan kesihatan serta tidak mengambil ubat mereka. Mereka melaporkan perkara ini kepada polis, yang seterusnya menjalankan siasatan.
Pada 15 September, selepas rumahnya digeledah, Virginia akhirnya mendedahkan segalanya. Ketika ditangkap, dia tidak menunjukkan sebarang penyesalan.
Pada 11 Oktober, selepas perbicaraan, Virginia dijatuhi hukuman penjara seumur hidup dengan tempoh minimum 36 tahun.
BACA: Orang lain nak elak tapi cikgu ini minta diisytihar muflis, baki gaji tinggal RM500 jadi punca