Wanita panik RM30000 lesap dari akaun Tabung Haji! Rupa-rupanya ada dalam akaun bank sendiri

Oleh NADIA HARON

Pada awal pagi hari ini, kisah seorang bekas pegawai kanan kerajaan yang mendakwa bahawa duit sebanyak RM30,000 di dalam akaun Tabung Haji (TH) tiba-tiba hilang telah menjadi viral.

Namun, hasil siasatan yang dilakukan oleh Lembaga Tabung Haji mendapati bahawa dakwaan kerugian lebih RM30,000

oleh seorang pendeposit TH selepas wang dalam akaun TH miliknya disyaki dipindah ke akaun milik orang lain adalah tidak benar.

Wanita panik RM30000 lesap dari akaun Tabung Haji! Rupa-rupanya ada dalam akaun bank sendiri

Menurut laporan Berita Harian, Bahagian Komunikasi Korporat TH menyatakan bahawa wang yang dikeluarkan daripada akaun TH pendeposit tersebut sebenarnya dimasukkan ke dalam akaun bank milik wanita tersebut sendiri.

“Berkenaan dengan dakwaan transaksi tidak sah yang berlaku di Sarawak yang dilaporkan media hari ini, siasatan TH mendapati transaksi pemindahan wang adalah daripada akaun TH pengadu kepada akaun bank miliknya sendiri,” kata jurucakap tersebut.

Wang simpanan dalam Tabung Haji lesap

Wanita tersebut sebelum ini mendakwa kerugian lebih RM30,000 selepas wang di dalam akaun TH miliknya disyaki dipindah ke akaun milik orang lain dan dikeluarkan menggunakan mesin juruwang automatik (ATM) sejak tahun 2018.

Datuk Jabidah Monseri, 66 tahun, yang telah bersara sebagai Timbalan Ketua Pengarah Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) pada tahun 2017, menyedari kehilangan wang tersebut pada 30 November tahun lalu apabila beliau menemui semula buku akaun dan mengemaskini akaun tersebut di pejabat TH di Kuching.

Walau bagaimanapun, beliau terkejut apabila semakan dilakukan menunjukkan bahawa akaunnya hanya berbaki RM1,816.74, sedangkan wang dalam akaun sepatutnya lebih daripada RM31,000.

BACA: “Aku pelik isteri berubah tiba-tiba lepas nikah, asyik penat je bila bersama, diam-diam aku buka fon dia, patutlah..Ini kerja dia belakang aku!”