Wanita syukur berjaya hamil guna picagari kerana dua tahun tak dapat layan batin suami

Oleh AHMAD YUSOF MUSTAPHA

Vaginismus, atau sindrom faraj terkunci, adalah salah satu masalah yang dihadapi oleh sesetengah wanita yang menyukarkan mereka untuk melakukan hubungan seks

Dan seterusnya mempunyai anak. Keadaan ini juga dialami oleh seorang wanita yang mendedahkan bahawa dia tidak dapat melayan suaminya selama dua tahun akibat sindrom ini.

Dalam tempoh tersebut, dia dan suaminya berusaha mendapatkan rawatan di pelbagai tempat, namun masalah ini masih belum sembuh.

Vaginismus boleh menyebabkan masalah besar dalam rumah tangga.

Wanita ini berkongsi, “Vagina akan tertutup secara automatik dan menjadi ketat apabila ada benda asing, ini adalah reaksi otot, bukan sengaja.”

Wanita syukur berjaya hamil guna picagari kerana dua tahun tak dapat layan batin suami

Dia juga menceritakan bagaimana bapa mentuanya menganggapnya mandul tanpa mengetahui bahawa dia sudah dua tahun berkahwin dan masih dara.

Wanita ini berkata, “Saya sangat inginkan anak dan tak putus berdoa sehingga suatu hari saya menemui video tentang pasangan lesbian.” Dalam video tersebut, dia melihat salah seorang pasangan hamil dengan cara menyuntikkan air mani ke dalam faraj menggunakan picagari.

Mencari jalan keluar, wanita itu mencuba untuk memecahkan dara menggunakan putik kapas meskipun terpaksa menahan kesakitan. S

etelah tiga hari mencuba, dia akhirnya berjaya memasukkan picagari dan melakukan seperti yang ditunjukkan dalam video tersebut, menghitung hari subur dan menyuntikkan air mani ke dalam faraj. “Alhamdulillah, doa saya dimakbulkan dan saya berjaya hamil tanpa hubungan seks,” katanya.

Setelah sembuh, dia berkongsi bahawa dia baru memberitahu doktor tentang masalah vaginismus yang dihadapinya setelah kandungannya memasuki usia tujuh bulan. “Saya menangis ketika menceritakan masalah ini kepada jururawat. Mereka terkejut dan merujuk saya kepada pakar, tetapi tiada tindakan dapat diambil kerana saya sudah sarat.”

Dia kemudian disarankan untuk bersalin melalui pembedahan. Namun, ketika tanda awal kelahiran muncul, doktor gagal melakukan pemeriksaan kerana vaginismus. Mereka terus membawa beliau ke bilik bedah dan alhamdulillah, anaknya selamat dilahirkan dengan berat 3.5 kilogram.

Selepas pantang, wanita ini mendapatkan rawatan dan akhirnya sembuh, membolehkannya melakukan hubungan seks. “Kami tidak menyangka bahawa pada tahun 2024, Allah menyelesaikan masalah utama kami sebagai suami isteri setelah lama bersabar,” katanya.

Wanita ini menasihatkan pasangan yang mengalami masalah yang sama agar mengatasi rasa malu dan segera mendapatkan rawatan. “Jika tidak berjumpa doktor, masalah ini sukar sembuh dengan sendirinya kerana tahap vaginismus berbeza-beza. Rawatan juga bergantung kepada tahap penyakit.”

Walaupun dia malu berkongsi pengalaman ini, wanita ini menyedari bahawa ia adalah isu besar bagi sesetengah wanita dan perlu diketengahkan.

“Saya bertemu dengan pakar dan ramai yang berkata penyakit ini adalah salah satu punca perceraian, jadi saya ingin berkongsi pengalaman ini supaya mereka yang mengalaminya tahu mereka tidak keseorangan.”

BACA: Mula-mula kucing, kali ini anjing pula jadi mangsa pembunuhan bersiri di UM, manusia je belum lagi