SEORANG wanita tular di media sosial selepas dia membuat pendedahan tentang hubungan sulit suaminya.
Hanya mahu dikenali sebagai Lisa, wanita itu mendakwa suaminya menjalinkan hubungan songsang.
Pendedahan itu dibuat ketika dia menghubungi sebuah stesen radio swasta tempatan untuk berkongsi kisahnya.
“Selepas beberapa belas tahun kahwin, saya baru tahu suami saya sukakan lelaki. Kami dah kahwin 12 tahun lebih, nak masuk 13 tahun.
“Saya dah terima takdir tu, kami masih kahwin (bersama). Saya juga ada anak,” ujarnya.
Di sebalik kecurangan itu, Lisa berkata suaminya merupakan seorang yang bertanggungjawab dan tidak pernah meninggalkan solat.
“Jadi sampai sekarang ni suami saya semakin berubah, makin bertanggungjawab, makin baik, tapi ada dua side dengan saya dan dengan that guy.
“Dia masih bertanggungjawab, solat lima waktu, cuma ada dark side of him,” ceritanya lagi.
Mengimbas fasa awal ujian rumah tangganya, Lisa berkata dia mula mengesyaki sesuatu yang tidak kena kerana keakraban luar biasa suaminya dengan lelaki tersebut.
Namun kata Lisa, dia kini sudah reda dengan apa yang berlaku dan menganggapnya sebagai ujian Allah untuk menguji keimanannya.
“Suami saya bukanlah seseorang yang ada kawan rapat, bila dia berkawan rapat, lain macam sangat. Waktu awal-awal saya tahu tu memang kami bergaduh hampir tiap hari.
“Saya dah lepas fasa tu, sampai saya ambil kaunselor, berapa kali dah kami mahu bercerai tapi Allah halang. Saya rasa mungkin itulah Allah nak saya dekat balik dengan dia.
“Tapi dalam masa yang sama mungkin inilah jalan yang Allah bagi dekat saya, saya terima benda tu. Cuma saya tak tahu sampai bila nak berada dalam keadaan ini,” ujarnya lagi.
Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen turut bersimpati terhadap wanita itu dan berharap dia terus tabah meneruskan kehidupannya.
“Suami masih solat tapi ada hubungan sesama jenis. Confuse jap.
“Andai kata saya boleh nasihat, pergilah kak. Tinggalkannya. Takut akak dapat penyakit bahaya.
“Kenapa banyak kes macam ni sekarang. Risaunya. Bahaya untuk isteri,” tulis netizen.