Seorang pengguna media sosial terkejut selepas dia dicaj sehingga RM69 untuk menu nasi campur yang dipesannya di sebuah restoran di Bukit Ceylon, Kuala Lumpur.
Menerusi resit yang dikongsikan pengguna bernama Syuhada, dia memesan dua pinggan nasi kosong (RM6). Sepinggan berharga RM3.
Dia kemudian memesan itik salai berharga RM17 semangkuk dan memilih beberapa jenis sayuran dalam kuantiti sedikit iaitu pucuk paku pakis (RM6), sayur campur (RM5) dan sambal tempe (RM5).
Ramai berpendapat kuantiti sayur yang diambil tidak sepadan dengan harga yang dikenakan.
Sebab itu jugalah keseluruhan makanan yang dipesannya hampir berjumlah RM70 termasuk dua gelas air yang masing-masing berharga RM6 dan RM8.
Wanita itu berkata, dia tidak akan ke restoran itu lagi kerana sukar mencari parkir dan suasana yang sangat panas.
“Not me complaining harga nasi campur till 1am. Overall experience 5/10. Will not repeat disebabkan harga and parking susah and it’s so hot,” katanya seperti yang dikongsikan Facebook Oh! Media semalam.
Sementara itu menjengah ke ruangan komen, warganet memberi reaksi yang pelbagai dengan ada yang membantah harga sedemikian dan tak kurang juga mempertahankan harga yang dikenakan.
Mereka mempersoal jenis beras yang digunakan pihak restoran sehingga mengenakan caj RM6 untuk nasi putih.
Ada juga berseloroh mengatakan resit itu termasuk caj kerusi dan meja yang diduduki.
Pun begitu ada yang memberitahu bahawa restoran tersebut menghadap menara KLCC menyebabkan harga agak mahal.
Baca juga: Ini keadaan terkini kereta yang didakwa mempunyai tunggakkan bank