Wanita terkejut suami ada isteri kedua, semua terdedah setelah suami meninggal

Oleh KAMARUL HISHAM ABDULLAH

Sepuluh hari selepas suaminya yang berusia 61 tahun meninggal dunia akibat serangan jantung pada akhir tahun 2023,

seorang balu terkejut mendapati lelaki tersebut mempunyai isteri kedua yang dikahwini secara rahsia, lapor portal berita asiaone hari ini.

Wanita berusia 55 tahun itu tidak menyangka langsung tentang perkara tersebut sehingga suaminya meninggal dunia.

“Kami telah melalui masa-masa senang dan susah bersama, seperti pasangan lain,” kata balu tersebut sambil berkongsi pengalamannya

selepas membaca laporan mengenai warga Singapura yang berkahwin di luar negara tanpa mendaftar dengan Pejabat Pendaftaran Perkahwinan Islam (ROMM).

Wanita terkejut suami ada isteri kedua, semua terdedah setelah suami meninggal

Dia dan suaminya telah berkahwin selama kira-kira 30 tahun dan dikurniakan tiga orang anak.

Balu itu baru menyedari suaminya berkahwin lain setelah menjumpai gambar dan sijil nikah dari Batam, Indonesia dalam komputer suaminya.

“Rasa seperti ditikam belakang, hati saya sakit,” kata balu tersebut.

“Saya telah memeriksa pasportnya tetapi tiada cop yang sesuai dengan tarikh pada sijil perkahwinan tersebut.

“Kemudian saya mendapat tahu bahawa akad nikah dilakukan melalui panggilan video,” ujarnya.

Balu itu cuba menghubungi wanita tersebut tetapi tidak berjaya.

Wanita berkenaan kemudian bertanya sama ada dia perlu membahagikan wang Tabung Simpanan Pekerja (CPF) arwah suaminya dengan isteri kedua suaminya.

Pendaftar ROMM, Pasuni Maulan menjelaskan bahawa wanita kedua tersebut tidak mempunyai hak ke atas aset si mati kerana akad nikah tidak memenuhi kehendak undang-undang syariah dan perkahwinannya tidak didaftarkan dengan pihak berkuasa.

BACA: “Segala keperluan rumah aku tak peduli, semua isteri yang tanggung, duit aku bagi semua pada orang tua”