Seorang wanita terkejut apabila mendapati majikannya berada dalam penerbangan yang sama selepas memberikan alasan sakit untuk bercuti.
Grace, yang berusia 23 tahun, memuat naik rakaman yang memaparkan pengalaman aneh dan mengejutkan
itu di platform TikTok menerusi akaun @grachevaaleidya.
“Dulu saya ambil cuti sakit sebab tak nak kerja, tapi akhirnya terbang sama dengan bos saya,”
Demikian keterangan dalam video tersebut.
Dia turut memaparkan tangkapan skrin perbualan mereka serta gambar yang dirakam oleh pengurusnya dari belakang, menunjukkan kehadiran wanita itu.
“Kalau saya, mesti menangis seperti bayi dan terus berhenti kerja,” komen seorang pengguna media sosial.
“Kesian, terpaksa naik penerbangan demi dapatkan ubat yang perlu,” tambah netizen lain.