SETIAP pemandu e-hailing pastinya perlu berdepan dengan pelbagai kerenah atau ragam penumpang setiap hari.
Jika nasib tidak baik, mereka terpaksa melayan sikap sesetengah penumpang yang adakalanya cukup biadab dan kurang ajar.
Warga asing minta kurang tambang dan maki hamun sebab bawa perlahan, sekali Abang ‘grab’ mengamuk terus bayar penuh
Terpalit dengan situasi sama, seorang pemandu berkongsi rakaman video dari papan pemuka (dashcam) di Facebook dan perbualan yang dirakam mengundang rasa marah netizen terhadap penumpang tersebut.
“Kisah hari ni (23 Mei), dapat satu (pelanggan) warga asing ni. Tambang lebih RM70.
“Lagi 10 minit nak sampai dia beritahu tak cukup duit lebih RM20. Lepas tu dia minta kurangkan harga. Katanya nak transfer (bayar) esok. Saya diamkan saja,” ujar pemandu yang tidak mendedahkan identiti ini.
Bukan itu sahaja, individu itu juga mula mempertikaikan cara pemanduannya yang dikatakan perlahan.
Penumpang lelaki itu juga mengeluarkan kata-kata kesat sehingga menyinggung perasaan pemandu..
“Ketika memandu, dia paksa-paksa saya untuk pandu dalam kelajuan 130 kilometer per jam.
“Dia pula ajar saya drive. Sampai suruh saya ke belakang dan biar dia saja yang memandu.
“Dengan bangga sembang dengan saya yang dia kahwin dengan orang Melayu. Puih! Aku cari rezeki sampai malam bang nak bagi anak dan isteri makan. Kau buat aku macam ni,” katanya lagi.
Ciapan di Twitter yang tular.
Enggan bertoleransi lagi dan tidak dapat menahan sabar, pemandu berkenaan mengugut penumpang itu untuk dibawa ke balai polis sekiranya tidak membuat bayaran penuh.
Menerusi rakaman yang dikongsi, dapat didengar nada suaranya yang garang dan tegas memberi amaran.
“Betul? Lai (jom). Sekarang kita pergi balai sebab awak banyak menyusahkan saya.
“Awak hutang saya RM20 siap maki-maki lagi. Kita pergi balai! Awak jangan main gila (buat hal) dengan saya. Saya tak takutlah tahu!” kata pemandu kepada penumpangnya.
Puas hati aku dengar dia marah wey.
NETIZEN
Jelas kedengaran suara penumpang itu ketakutan setelah dimarahi dan kemudian dia meminta maaf.
Bukan itu sahaja, di penghujung video, dia akhirnya menghulurkan duit tambang yang cukup kepadanya.
Video tersebut dikongsikan di beberapa platform media sosial lain termasuk akaun mynewshub di Twitter.
Rata-rata netizen berpendapat bahawa masalah ini tiada kaitan dengan bangsa tetapi lebih kepada sikap individu itu sendiri.
Antara komen netizen di Twitter.
“Aku faham perasaan driver ni. Kebelakangan ini tak perlu nak cakap mana-mana bangsa. Bila bercakap mengenai sikap, jangan sesekali main bangsa dan agama.
“Puas hati aku dengar dia marah wey,” komen beberapa netizen pada video.