“Ada perkara yang mereka katakan hingga membuatkan saya kecil hati.
Jadi, lebih baik saya keluar dari rumah kerana tidak mahu menyusahkan mereka.”
Demikian luahan seorang wanita berusia 51 tahun yang tinggal di dalam Perodua Kancil di Taman Suria, Pendamar, Pelabuhan Klang.
Wanita yang enggan namanya disiarkan itu berkata, dia mengambil keputusan untuk tinggal di dalam kereta setelah berasa kecil hati dengan anak dan menantunya selama 40 hari.
“Saya ingin keluar dari kawasan itu, tetapi kereta saya tidak boleh bergerak, menyebabkan saya terpaksa tinggal di dalam kereta selama 40 hari
sebelum mendapat bantuan daripada Lembaga Zakat Selangor (LZS).
“Saya memang ada niat untuk pergi ke rumah anak yang lain, tetapi belum tentu mereka akan menerima saya. Mesej ucapan Aidilfitri saya pun tidak dibalas,” katanya.
Dia mengucapkan terima kasih kepada penduduk setempat yang menghantar makanan sepanjang dia berada di dalam Perodua Kancil miliknya.
BAcA: ‘Kamu pengecut’ Siti Kasim cabar ahli parlimen Pas sahut cabarannya