Warga emas hembus nafas terakhir tunggu waktu isyak gara-gara disengat seekor tebuan tanah

Oleh KAMARUL HISHAM ABDULLAH

Baru-baru ini, kejadian menyedihkan berlaku apabila seorang wanita berusia awal 60-an meninggal dunia akibat disengat tebuan.

Kejadian tragis ini berlaku pada 3 November lalu ketika Rohani Mohd Shariff, 61,

berada di rumahnya di Taman Semarak, Sungai Petani, Kedah, sementara menunggu masuknya waktu solat Isyak.

Ketika duduk di ruang tamu, seekor tebuan yang terkena kipas siling tiba-tiba jatuh dan termasuk ke dalam telekung yang dipakai oleh Rohani.

Rohani yang terkejut cuba menepis serangga tersebut, namun malangnya dia disengat.

Warga emas hembus nafas terakhir tunggu waktu isyak gara-gara disengat seekor tebuan tanah

Anaknya yang baru pulang ke rumah sekitar jam 8.00 malam melihat ibunya dalam kesakitan, lalu segera menghubungi ambulans dari Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH).

Namun, wanita yang merupakan seorang suri rumah dan isteri kepada pesara tentera itu akhirnya menghembuskan nafas terakhir dalam perjalanan ke HSAH.

Sebagai panduan sekiranya disengat tebuan, beberapa langkah ini boleh diambil untuk mengurangkan risiko yang lebih buruk.

Pertama, segera buang sengat yang tertinggal pada kulit menggunakan penyepit bagi menghentikan penyerapan toksin.

Kemudian, bersihkan kesan sengatan dengan air, sabun, atau cecair antiseptik. Letakkan ais atau tuam dengan air sejuk pada bahagian sengatan dan segera dapatkan rawatan doktor.

BACA: Hanya guna kulit telur, tikus tak akan singah di rumah anda lagi