Warga emas tergamam gara – gara lembu dia wang tunai RM15,700 lesap

Oleh SULAIMAN ABD RAHMAN

Seorang warga emas, Tee Chanthongthip, 85, mengalami tekanan selepas kehilangan wang simpanannya

Berjumlah 80,000 baht (RM10,400) ketika menjaga lembu ternakannya, lapor Thaiger.

Wang tunai itu disimpan dalam sebuah beg berwarna coklat bersama sebentuk cincin emas bernilai 41,000 baht (RM5,300) yang turut hilang.

Menurut Tee, kejadian berlaku ketika dia berehat di pondok milik rakannya pada waktu tengah hari sebelum menyambung kerja.

Beg tersebut dipercayai tercicir dari poket seluarnya, kemungkinan besar di sekitar kawasan pondok itu.

Warga emas tergamam gara - gara lembu dia wang tunai RM15,700 lesap

Selepas menyedari kehilangan itu, Tee membuat laporan polis. Akibatnya, anak lelaki rakannya serta seorang wanita yang berada di lokasi kejadian dipanggil untuk siasatan.

Tee menjelaskan bahawa wang tersebut diperoleh daripada hasil kerja kerasnya menjual lembu dan arang. Beliau menyimpan wang itu dalam bentuk tunai kerana berasa lebih selamat berbanding menyimpannya di bank.

“Saya tidak selesa menyimpan wang di bank, tetapi tidak menyangka perkara seperti ini akan berlaku,” katanya dengan nada kesal.

Pencarian telah dilakukan, namun beg tersebut masih gagal ditemui. Tee kini merayu kepada sesiapa yang menjumpai wangnya agar memulangkannya.

“Jika anda terjumpa wang saya, tolong kembalikan. Itu sahaja yang saya ada. Saya akan memberi ganjaran atas kebaikan anda,” ujarnya penuh harap

BACA: Tiba-tiba jatuh pengsan lepas waktu isyak, Adira dikejarkan ke hospital