Wawa Zainal dan Aeril Zafrel hadiahkan kondominium di Bangi sempena hari lahir

Oleh KAMARUL HISHAM ABDULLAH

Pasangan selebriti Wawa Zainal dan Aeril Zafrel telah menghadiahkan kondominium sebagai aset masa depan untuk dua anak mereka sempena hari lahir mereka.

Menurut Kosmo, Wawa berkata bahawa rumah yang dibeli di Bangi, Selangor, jenis kondominium tersebut dihadiahkan

kepada dua anaknya, Soffya dan Fahri, agar mereka dapat menggunakannya apabila dewasa kelak.

“Kali ini kami beri anak-anak rumah sebagai hadiah dan itu adalah untuk masa depan mereka.

Setiap seorang, kami sudah sediakan sebuah rumah kondominium di sekitar Bangi.

Wawa Zainal dan Aeril Zafrel hadiahkan kondominium di Bangi sempena hari lahir

“Kita tidak tahu apa yang akan berlaku nanti, jadi kami merancang untuk membuat persediaan untuk mereka,” katanya.

Menurut Wawa, soal harga rumah itu tidak terlalu mahal dan lebih baik ia tidak dibincangkan. Mereka telah meletakkan nama anak-anak mereka pada kedua-dua rumah tersebut.

Wawa turut berkongsi tentang pentingnya membuat simpanan untuk anak-anak, terutamanya untuk tujuan pendidikan dan kecemasan.

“Sebenarnya setiap anak saya sudah ada rumah masing-masing, tetapi saya dan Aeril tidak pernah lupa untuk menyimpan wang setiap bulan untuk mereka.

“Seperti yang saya katakan, kita tidak tahu apa yang akan berlaku pada masa depan. Jadi kami memilih untuk membuat persediaan, dan wang itu boleh digunakan untuk pendidikan atau kecemasan.

“Sejujurnya, saya tidak sangka setelah sekian lama menyimpan, tanpa sedar jumlah simpanan anak-anak sudah banyak,” katanya.

BACA: Portal Love Money dedah kekayaan Tun Mahathir, miliki kekayaan RM188 bilion!