Wedding of the year! Pengantin terima mas kahwin bernilai 1 billion

Oleh KAMARUL HISHAM ABDULLAH

Satu majlis perkahwinan di Sukabumi, wilayah Jawa Barat, mencuri perhatian di media sosial kerana pengantin perempuan menerima mas kahwin

Dalam bentuk sebuah rumah bernilai 1.5 bilion rupiah (RM459,076) serta dua kereta, lapor laman berita Detik.

Video tersebut menjadi viral dan mendapat pelbagai komen dari netizen.

Wedding of the year! Pengantin terima mas kahwin bernilai 1 billion

Menurut klip video yang menjadi viral di platform TikTok, pengantin lelaki menyerahkan sebuah Honda HRV dan Toyota Camry berserta miniatur rumah sebagai tanda simbolik rumah sebenar, di samping pelbagai hantaran lainnya.

Video tersebut dimuat naik oleh seorang lelaki bernama Agus. Dia menyatakan bahawa pasangan pengantin tersebut bernama Radja Panutan dan Adinda Galuh Nurutami.

Pengantin lelaki adalah seorang ahli perniagaan, manakala pengantin perempuan adalah bekas peserta Mojang Jajaka Kota Sukabumi 2019 (pertandingan duta pelancongan dan kebudayaan).

“Pengantin perempuan menerima mas kahwin berupa sebuah rumah bernilai 1.5 bilion rupiah dan dua kereta,” katanya.

Video tersebut menjadi viral dan mendapat pelbagai komen dari netizen.

“Pastinya kedua-dua pengantin berasal dari keluarga yang berada kerana jika tidak, pasti akan jadi sinetron,” kata seorang netizen yang bergurau.

BACA: Hanya kerana kerja jadi ‘gula’, wanita ini dedah pakaiannya bernilai RM176000!