‘Weh, mak dah mati ni..Duit mak RM6000 transfer kat aku sekarang..’

Oleh GEMILANGDAILY

Pemergian orang tersayang, terutama ibu bapa, adalah momen yang sangat sedih dan sukar digambarkan dengan kata-kata.

Bayangkan, seseorang yang telah banyak berkorban masa dan tenaga untuk menjaga serta menyayangi kita telah pergi buat selama-lamanya.

Namun, berbeza dengan situasi kali ini, terdapat sebuah cerita di mana seorang anak didakwa tidak menunjukkan

kesedihan dengan pemergian ibunya dan lebih mementingkan wang semata-mata.

Kisah ini dikongsi oleh seorang pengguna Twitter bernama hypePeep. Ia melibatkan seorang wanita berusia 96 tahun yang berada di salah sebuah wad Covid-19.

'Weh, mak dah mati ni..Duit mak RM6000 transfer kat aku sekarang..'

Menurut sumber, pada suatu malam, wanita tersebut berada dalam keadaan tenat.

Disebabkan faktor umur, pihak perubatan dipercayai membenarkan anak wanita tersebut, yang juga positif Covid-19, untuk menjaga ibunya di wad.

Namun, dua hari kemudian, wanita itu meninggal dunia. Yang mengejutkan adalah ketika individu ini didakwa terdengar perbualan anaknya di telefon yang memaklumkan bahawa ibu telah meninggal dunia dan kerana dia telah menjaga ibunya di wad, dia meminta wang berjumlah RM6,000.

Lebih mengejutkan, anak tersebut juga didakwa sempat meminta nombor PIN akaun bank ibunya. Kejam!

Di ruangan komen, kebanyakan netizen meluahkan rasa marah dan tidak puas hati terhadap tindakan anak tersebut yang didakwa mementingkan diri dan ‘gilakan’ harta.

BACA :Rupanya 63 orang staff MAB jadi punca penerbangan Malaysia Airlines tergendala